4.1.11

Alamak!! Cermin Pecah

Aku baru sahaja beberapa hari memandu kereta. Semalam, aku memandu dari Rawang ke Subang mengikut lebuhraya Guthrie. Seorang. Perjalanan lancar walaupun sudah lewat petang. Masalahnya cuma, aku tak hafal sangat jalan di Subang. Jarang lalu. Memandangkan semalam pengalaman pertama aku memandu seorang diri dan perjalanan yang agak jauh, papan tanda adalah pedoman.

Sudah sampai ke persimpangan Bukit Subang, aku terus membelok ke kanan berdasarkan papan tanda untuk ke Kampung Melayu Subang untuk mencari jalan ke Subang Perdana. Aku jalan terus dan menjumpai satu lagi papan tanda ke Kampung Melayu Subang, belok ke kiri. Rupanya aku memasuki kawasan perumahan. Aku cuba mencari jalan keluar dan akhirnya menjumpai jalan besar. Tapi sebelum sampai ke jalan besar, tanpa disedari dan tanpa sebarang bunyi kereta aku melanggar sesuatu, cermin pintu kereta sebelah penumpang pecah berderai jatuh atas tempat duduk.  Aku bergerak ke hadapan dan cari tempat selamat untuk parkir. Syukur aku tidak panik. Aku terus menghubungi truck penunda. Rupanya, aku tergesel badan trailer yang diletakkan di tepi jalan. Aku betul-betul tak perasan aku berlanggar dengan badan trailer. Alhamdulilah, nasib baik jalan kampung, bersebelahan ladang kelapa sawit. Trailer itu rasanya tak ada apa-apa. Tidak seorang pun orang yang lalu lalang di situ tahu aku kemalangan. Aku rasa itu lebih baik. Aku tidak terus menghubungi keluarga. Biar semua sudah baik, baru aku maklumkan.

Memandangkan aku sesat, jadi agak susah untuk aku memberikan lokasi yang tepat kepada pemandu truck penunda tersebut. Aku beberapa kali menghubungi pemandu truck untuk pastikan dia jumpa kereta aku. Hari semakin gelap dan malam. Aku agak cuak memandangkan sebelah kiri ladang kelapa sawit dan cermin kereta pula pecah. Macam-macam boleh terjadi. Bateri telefon pun hanya cukup-cukup untuk kecemasan. Akhirnya, lebih kurang satu jam, sekitar jam 8.00 malam aku ternampak truck tersebut lalu di jalan besar, aku terus hubungi dia dan minta dia masuk ke simpang tempat aku terkandas. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Aku terus ke Balai Polis Kota Damansara untuk buat laporan. Masalahnya, laporan tidak boleh dibuat, sistem ada masalah. Terpaksalah tunggu lebih kurang setengah jam. Rupanya ramai juga yang kemalangan malam tu. Beratur juga menunggu untuk buat laporan.

Dan syukur sepupu aku sampai dengan kawan dia, lelaki. Ada juga orang yang boleh tolong tengok-tengokan. Sampai rumah, mak cik aku muka dah risau. Tapi, syukur banyak-banyak aku tak cedera. Boleh bergelak ketawa lagi.

Kereta rosak sebelah kiri. Pintu dan fender kemek. Cermin pintu depan habis. Tak apalah. Alhamdulillah tak melibatkan nyawa orang atau kereta lain. Aku sorang-sorang dan bertuahnya tak kena saman. Pengalaman. Hehehe.Harap selepas ini tak jadi lagi perkara macam ini. Amin

Hari ini aku pergi kerja macam biasa, naik bas. Ingat hari ini nak bawa kereta. Nampak gayanya aku kena reload rapid pass lagi sebulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan