20.1.11

Inilah kemuncaknya!

Pada siang tadi adalah kemuncak kepada beberapa masalah yang aku hadapi kebelakangan ini. Dengan selambanya aku menangis di tempat kerja. Hehehe. Itu biasa. Aku pernah menangis depan pejabat HEP bila aku penat dengan kerenah melampau dan hambatan waktu untuk menghantar kertas kerja. Air mata akan menenangkan bilamana segala kekusutan dan tekanan berhimpun dan berpesta di kepala. Syukur, waktu itu pejabat agak lenggang cuma Kak Mizzie, sahabat aku yang tahu.Kah kah kah. Aku dipujuk macam budak yang menangis kempunan coklat. Walaupun masalah kereta saban hari memeningkan, tapi bukan tahap ini lagi aku perlu minta bantuan kakak, walaupun beberapa kali didesak Kak Mizzie.
"Watak bintang Aries memang keras hati, faham sangat dah" Kata Kak Mizzie.

Tak sabar rasanya ingin berhijrah ke tempat baru. Mengharapkan peluang yang lebih baik dan tempat yang sesuai aku mengembangkan potensi dan bakat. Melepaskan rindu pada kesibukan dan cabaran sebagai pemberita. Walaupun aku mudah menangis, sebab aku bukan Superman, tapi minat aku jangan disangkal. Cabaran dan kesibukan adalah pelengkap hidup. Wah.

Sekarang pun seronok dan syukur. Alangkah baiknya jika usaha aku untuk mendapat hasil yang baik disokong dan diberi galakan. Hish...entahlah. Aku dah berusaha dan memainkan peranan. Penyakit buta hati pada yang berkuasa memeningkan kepala. Mungkin ini ujian, aku terima. Satu perkara yang membahagiakan, selepas mengeluarkan air mata yang terjun setitis demi setitis, aku bahagia. Inilah kemuncaknya, kekusutan semakin mengundur dan menghilang lalu timbulah warna-warna ceria sepanjang jalan menuju ke rumah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan