12.10.11

Tengok diri kau..

tak percaya lagi ke?


"Biar betul,"tegur seorang teman.
"Semua ikan sama la,memang mulut dia macam tu,"aku hanya diam dan tersenyum.
"Tak percaya balik tengok ikan lohan,"katanya sebelum berlalu.

Percaya atau tidak? Aku tidak kisah sangat. Masing-masing ada pemikiran untuk menilai.
Tapi, izinkan aku untuk memberi pendapat aku yang masih lagi cetek pengetahuan mengenai diriNya.
Sejujurnya aku agak kaget bila dalam kalangan kita (Muslim) yang masih bertanya soalan seumpama ini.
Rasanya tak payah tunggu jawapan bila soalan siapa Tuhan dan Rasul diajukan.
Semuanya akan menyebut Allah dan Muhammad.
Tapi aku agak pelik, bila kejadian seumpama ini, masih ada yang mempersoalkan kebenarannya.
Bukan apa, setahu aku Allah itu maha besar dan maha berkuasa. Besarnya tak dapat diukur dengan apa sekalipun. Keupayaannya melewati tahap pemikiran kita sebagai manusia.
Dan jangan sesekali terlupa, kita juga dicipta atas kebijaksanaannya dan jangan juga terlupa bahawasanya tidak ada satu zarah pun yang berlaku atas muka bumi ini bukan dengan kuasaNya. Kalau bukan dengan kuasa dan kudratNya, siapa lagi?
Tak kan David Cooperfield.
Dan setiap nafas dan perbuatan kita tidak pernah terlepas daripadaNya. Termasuklah saat anda membaca entri ini.
Tak ada salahnya untuk dia menunjukkan kekusaanNya kepada kita.
Jadi kalau ikan tu sekadar membuka mulut dan nafasnya seakan menyebut perkataan Allah, bukankah itu juga atas keizinan dan kehendakNya.
Kalau nak ikut, apa yang ada pada diri kita pun dah cukup untuk buat kita kagum dengan kebijaksanaan dan kuasaNya. Oleh itu, mari lihat segenap tubuh kita, adakah kita mampu untuk menghasilkan sebgaimana yang dijadikanNya...
Lihat juga nasi dan ayam dalam pinggan..adakah kita mampu juga untuk menjadikan nasi yang penuh karbohidrat dan ayam yang mengandungi protein tu?
Renungkan..

9.10.11

sireh..

Assalamualaikum,
Sori dori strawberi.Maaf kerana aKu dah lama tak mengemaskini blog yang suatu ketika dulu pernah aku penuhkan lebih tiga entri sehari.
Untuk pengetahuan semua, aku dah semakin sibuk dengan pelbagai urusan. Kerja memang macam tak ada life. Bila off day saja aku jadi nanny kepada anak-anak buah. Tak sempat nak buat apa.
Hari ini syukur. Allah suntik keinginan untuk aku menulis dan ada sedikit kelapangan.

Tidak ada apa yang menarik juga sebenarnya dalam kehidupan aku selama ni. Cuma aku ada beberapa gagasan mengenai kehidupan yang mungkin menarik untuk dikongsi.Ok!
Sewaktu berbual rancak dengan kawan yang sudah lebih setahun tidak berhubung, aku disoal siasat mengenai status perhubungan aku dengan mana-mana lelaki.
Macam poyo je ayat. Sori.

Kawan aku yang bermulut boleh tahan pedas tak padan dengan lelaki tu menyifatkan aku kerugian kerana tidak menjalani kehidupan seperti gadis lain yang seusia dengan aku. Ya lah, ramai kawan aku yang sudah menempuh fasa baru dalam hidup dan sering mengubah status dalam FB seperti 'dalam perhubungan' atau 'berkahwin' tak pun 'bertunang'.

Ya, mungkin juga kelihatan tempang jika tidak pernah berubah status. Tapi bukan aku sorang je macam ni. Ada yang sampai pencen baru dapat jodoh. Ada aku kisah! huhu..
Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal ni semua. Aku percaya bila waktunya sudah sampai, nah..silakan.
Bila ditoleh ke zaman usia aku tiga tahun lalu, aku pernah rasa bertuah dan bersyukur kerana tidak ada teman istimewa. Cukuplah ada kawan-kawan yang sengal dan sekepala macam kawan-kawan yang aku pernah ada.

Disebabkan rutin harian aku yang agak unik, jadi kawan lelakilah yang paling mudah bagi aku. Senang berurusan dan bekerjasama.

Berbalik kepada cerita aku tadi, mungkin ramai yang pelik kenapa aku rasa bersyukur dengan keadaan itu?
Hehe..suspen...mungkin orang ingat aku tak normal, tak pa la.
Kenapa aku rasa bertuah? salah satu jawapannya kerana aku dapat melakukan sesuatu yang aku nak buat tanpa sebarang halangan. Buat segala bagai apa yang aku suka asalkan ia tidak berlebih-lebihan. Itu prinsip aku. Kalau aku habiskan masa untuk benda tu semua tak ada yang nak marah berbanding kalau ada komitmen perhubungan.

Lagipun apa yang penting, aku dapat berkawan dengan siapa aku nak berkawan, buat perkara yang jarang dibuat oleh perempuan biasa, melepak senior-senior laki dan bincang bermacam-macam hal dari politik,bahasa hinggalah ke pelajaran dan sosial. Bergerak seorang diri menikmati hari yang kacau dan tenang dan sekali sekala singgah ke kelompok kawan-kawan dan bergaul.
Barangkali corak kehidupan aku berbeza jika aku mendukung status yang sama seperti rakan lain. Agaknya. Apa yang aku perhatikan, orang yang ada komitmen hubungan itu ada pro dan kontranya. Jika dapat yang baik dan membawa kebaikan tentu saja tidak rugi. Tapi kalau 24 jam nak bercinta saja, itu dah over beb.

Meskipun pengalaman tidak seberapa atau mungkin sama saja dengan manusia lain. Tetapi pergaulan dan sikap aku yang sukakan kebebasan banyak membentuk pemikiran dan keperibadian aku sebenarnya. Dan inilah yang aku pegang dan jadikan pedoman dalam hidup untuk menempuhi hari seterusnya.

Bagi aku, inilah masanya untuk aku 'bantai sungguh-sungguh' zaman remaja dan awal kedewasaan aku. Bila umur aku dah lanjut dua atau tiga tahun selepas itu, barangkali aku sudah tidak dapat menikmati semua ini lagi.

Jadi kesimpulannya, raikan kehidupan dengan apa yang dimiliki dan jangan lepaskan peluang untuk melalui perkara baru. Asalkan ia tidak bertentang dengan agama, undang-undang atau norma manusia, teruskan. Ingatlah, setiap fasa dalam kehidupan itu singkat saja tempohnya, lagipun hidup ini sememangnya singkat.

Fokus aku sekarang ini ialah untuk melalui fasa hidup yang berubah sedikit demi sedikit mengkikut usia dan pengalaman dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh dengan kemampuan yang tidak seberapa.
Kepada kawan aku yang prihatin tu, terima kasih banyak-banyak. Tak payah la ang nak sibuk urusan jim wau dal wau ha aku tu. Aku sentiasa percaya setiap yang berlaku dalam hidup ni ada habuan masing-masing. Oraito!

Kalau ada apa-apa yang menarik, aku akan menulis lagi.
Wasalam.

4.6.11

Terowong masa

Umur 0-5tahun.

Aku tak suka mandi. Banyak bercakap. Kalau mak keluar senyap-senyap dan tinggalkan aku, soalan akan keluar bertubi-tubi..."tanya soalan macam pendakwa raya ambil statement,"kata mak. suka nangis..nak pergi rumah kak noni. main masak-masak dengan jiran. waktu adik aku lahir, bapa aku larang aku duduk dekat-dekat. suka duduk atas tempayan bawah pokok, bila kapal terbang lalu lari masuk rumah. mengamuk sebab mak beli sate ikan tak bawa aku. Bila dengar bunyi moto yang ada tank minyak kat depan (moto tok baha) aku lari masuk rumah, moto dan tuannya ibarat askar dan kereta kebal. hari-hari dapat hadiah tora dan ding dang,pak su belikan.

6-11 tahun
suka pergi sekolah tadika. pendiam dalam kelas. darjah 1 mula buat liat nak pergi sekolah. darjah 2 cemerlang dalam kelas. darjah 3 kena dajjal dengan kawan sekelas dan cikgu. darjah 4,kelas macam neraka. darjah 5, "ini baru tahap aku duduk dalam kelas ni"..bahagia (no discrimination).Main nyanyi-nyanyi belakang balai raya dengan kawan nama Hidayah di sebelah rumah hidayah lagi sorang.Makan laksa.

12-17 tahun
UPSR. PMR. SPM. Hari-hari bapa aku hantar dan ambil dari kelas malam. memberontak. tak puas hati. dapat anak saudara. naik basikal (kenderaan rasmi). jadi pengawas. sekolah tempat yang merunsingkan tapi pengalaman yang baik. kena dajjal dengan cikgu kemahiran hidup, cikgu biasiswa. tengok cerita filipina. kawan dengan budak lelaki(wan dan syafizi), hari-hari lepak depan pintu rumah.

18-20 tahun.
Kerja kilang. STPM. tingkatan 6. Tidur dalam kelas. Baca novel inggeris.bercinta buat kali pertama. Berdikari. Buat hal sendiri. Komited nak belajar dan mengajar. memberontak. kemalangan. bengang. suka tengok cerita indon. minat budak sabah.

20-23 tahun.
Masuk U. demontrasi. bahasa Melayu. Sastera. radikal. Pilihanraya Kampus. Speaker Corner. Pantai Dalam.Naik Bas. jalan kaki. kawan ramai. mula hilang sikap memberontak. hubungan yang rapuh. dapat tahu kena tipu.graduate. kerja.beli kereta.

24 tahun
kerja baru. pengalaman baru. pemikiran baru. bosan kadang-kadang. lebih matang...lagi? nanti aku tambah lagi kalau ada.

Inilah yang aku lalui sepanjang hidup aku. Berubah-rubah dari satu fasa ke satu fasa.

Aku tak boleh putar masa untuk pakai baju sekolah, didukung mak, tidur dalam buaian, menjadi remaja 16 tahun.

Inilah hidup!

2.6.11

Saat-saat gelabah berhadapan dengan...

Wah..agak dah lama aku tak menjenguk blog..kalau rumah dah penuh sawang, tahi lipas, habuk dan macam-macam.

Kali ni aku masuk dengan satu kisah yang agak menarik. Boleh jadi iktibar gitu.

Semalam, selepas balik kerja lebih kurang jam 10 aku makan di sebuah kedai di Jalan Pantai Baru. Lepas keluar dari kedai dalam jam 11, aku nampak satu kereta yang alarmnya sedang menjerit meminta tolong. Pintu kereta bahagian belakang terbuka luas. Seorang wanita berdiri berhampiran kereta dalam samar cahaya lampu jalan. Aku pula masih leka berbual dengan kawan dan sibuk betulkan beg. 

"kereta siapa tu?,"tanya aku yang masih blur.

"entah,macam kereta dayah je," kata Mardia, kawan aku.

Aku merenung dalam gelap, Ya Allah kereta aku rupanya.

Aku terus berlari sekuat hati walaupun berkain labuh. Mee goreng tapau dua bungkus aku serahkan kepada Mardia. Sedang aku berlari mendapatkan kereta yang agak jauh, wanita tadi telah masuk dan menutup pintu kereta. Dalam hati aku "apa la yang dia buat dalam kereta aku".

Akhirnya aku sampai juga di situ, perempuan terbabit sedang membaca surat khabar dengan santainya macam dekat rumah.

Aku ketuk cermin kereta untuk suruh dia keluar. Tapi dia macam blur dan tidak bersalah sampailah aku buka pintu kereta. Dia keluar dan aku menyambut dengan soalan.

"Kenapa masuk kereta saya?"

Dia tidak menjawab soalan. Sebaliknya mengambil surat khabar yang ada muka artis dan tunjuk kepada aku. 

"I (saya)...I.." sambil menuding jari pada diri sendiri. 

Rupanya bukan orang sini. Gayanya macam perempuan China. Aku cakap Inggeris pun dia tak faham, Melayu pun tak faham juga. Dia berlalu dalam keadaan blur dan menuju ke kereta belakang.

Aku masuk dalam kereta dengan rasa marah dan gemuruh, boleh jadi juga trauma sekejap.
Tengah aku hidupkan enjin, aku nampak dia berdiri di van belakang kereta aku. Menurut kawan aku, dia cuba juga untuk buka pintu van itu. Yang aku nampak, pemandu ada dalam tu dan dia menuding jari ke dalam kereta macam ada sesuatu yang dia nak. Mungkin orang tu tak layan, dia patah balik ke arah kereta. Aku gelabah, terus pecut.

Lepas hantar Mardia, aku ke Petaling Jaya ambil sepupu. Memandangkan aku memandu seorang, takut juga kalau ada apa-apa kat tempat duduk belakang. Sambil tunggu sepupu aku habis kerja, aku telefon mak untuk mengadu. Mungkin boleh pulih semangat dan hilangkan rasa takut.

Masalahnya, mak aku pergi mesyuarat. Aduhai. Nasib baik adik aku ada dan suruh pergi lapor polis. Dari PJ aku terus ke balai polis Pantai.

Lepas aku buat aduan, 4 atau 5 orang polis bergegas ke kedai makan tadi dengan motor. Aku ikut belakang denga penuh semangat. Malangnya perempuan tu tak ada.

Polis tu minta aku bagitahu ciri-ciri fizikal perempuan tu.
"pakai t-shirt, rambut sanggul, seluar pendek, bawa beg tangan"

Pengajaran:
Jangan parking kat tempat yang kurang terang walaupun tepi jalan.

Yang lain-lain fikir sendiri....









23.5.11

kaca mata orang bawahan

Seorang pemimpin memakai kot dan berucap di rostrum. Makan di tempat mewah dan layanan kelas pertama.Aku hanya anak marhaen yang menghitung dan mencatu gaji setiap bulan asalkan cukup makan dan pakai dan paling penting aku gembira. Di lapisan bawah,sebuah keluarga yang berpendapatan sama dengan aku. Ada tujuh mulut untuk disuap setiap hari. Tidak cukup satu keja, dua tiga pun sanggup asalkan tidak kebulur. Di satu lagi ruang, kelihatan anak-anak muda yang lelah menanggung yuran pendidikan yang jumlahnya sama dengan gaji seorang pemimpin setiap bulan. Lalu aku bertanya,di manakah mereka yang memakai kot tadi?ucapan dan wajah mereka lenyap apabila televisyen dipadam. 

20.4.11

Alahai ustaz..

Tulisan aku kali ini bukan untuk mengutuk mana-mana pihak apatah lagi masjid. Ini hanya untuk berkongsi dan juga teguran untuk para ustaz walaupun pengetahuan agama aku hanya sekadar ala-kadar.

Aku singgah di satu masjid  untuk solat maghrib. Ketika itu seorang ustaz sedang berceramah. Topiknya  mengenai syurga dan bercerita tentang keindahan kehidupan di syurga serta kecantikan bidadari syurga. Tidak ada masalah dengan tajuk ini. 

Yang menjadi masalah dan menggangu tumpuan solat ialah ustaz itu terlalu menekankan keindahan aset perempuan dan diulang-ulang perkara yang sama walaupun dilihat tidak ada keperluan. Lagi satu, asyik sebut perkataan 'romen' berulang-ulang kali. Jika benar di syurga kehidupan memang indah dan begitu rupa, rasanya tidak perlu perkara tersebut ditekankan. Mungkin ada yang beri alasan ustaz tu nak ceriakan suasana, tapi apa yang diucapkan agak keterlaluan.

Banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan dalam ceramah. Setiap zarah dalam kehidupan tidak terlepas daripada agama, begitu luas perkara yang boleh didakwahkan. Bukan terhad kepada syurga, neraka,solat dan puasa saja.

Apa kata bicara soal halal haram makanan, yang sekaranng banyak diragui status halal.
Isu rasuah pun tak ada yang tegur sangat.
Kerja curi tulang pun menarik juga, ini pun berkait dengan ibadah dan melibatkan majoriti masyarakat.
Ustaz-ustaz cuba la cari tajuk yang menarik dan relevan dengan semasa, banyak kan membaca pelbagai bahan, bukan sekadar buku agama je.

Maaf kalau ada yang tersinggung, isu ini agak sensitif. Tapi aku sekadar meluah pendapat dan memberi cadangan.

16.4.11

Keberkatan Kalung Fatimah

Arikel ni aku ambil dari FB Ade Hasdi
Pengorbanan ikhlas anak Rasulullah bantu lelaki miskin hasilkan ganjaran berlipat ganda

DIRIWAYATKAN, setelah selesai solat berjemaah, Rasulullah SAW duduk dan sahabat mengelilingi Baginda, tiba-tiba datang seorang tua yang hampir tidak berdaya menupang tubuhnya kerana lapar.
Orang tua itu berkata: “Ya Rasulullah, aku kelaparan, berilah aku makan, aku tidak punya pakaian, berilah aku pakaian, dan aku miskin, berilah aku kecukupan.” Rasulullah yang dermawan itu berkata: “Aku tidak punya apa-apa pun untukmu, akan tetapi orang yang memberi petunjuk kepada kebaikan ganjarannya sama dengan orang yang melakukannya, kerana itu cubalah datang ke rumah orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, tentu dia akan mendahului Allah berbanding dirinya sendiri, pergilah ke rumah Fatimah, wahai Bilal, tolong hantarkan ia ke rumah Fatimah.”
Bertolaklah mereka ke rumah puteri Rasulullah yang mulia Fatimah az-Zahra. Setiba di depan rumah Fatimah, dia memanggil dengan suara keras: “Assalamualaikum wahai keluarga Nabi SAW, keluarga di mana Jibril AS menurunkan al-Quran daripada Tuhan semesta alam.”
Setelah menjawab salam, Fatimah bertanya: “Siapakah bapa?” Ia menjawab: “Aku orang tua dari suku Arab Badwi, aku telah bertemu ayahmu, pemimpin umat manusia, sementara aku wahai puteri Rasulullah adalah orang yang tidak berpakaian, lapar dan miskin, bantulah aku, semoga Allah memberkatimu.”
Ketika itu, Rasulullah dan keluarga Baginda sedang mengalami kesulitan sama, sejak tiga hari lalu mereka belum makan. Rasulullah pun mengetahui keadaan mereka, maka Fatimah pun mengambil kulit kambing yang biasa diguna pakaikan oleh Hassan dan Hussain untuk alas tidur kedua-duanya.
Mendengar kata orang tua itu, Fatimah mengambil kalung yang dipakainya dan hanya itulah satu-satunya milik yang paling berharga, diserahkannya kalung itu sambil berkata: “Ambillah ini dan juallah. Semoga Allah memberimu sesuatu yang lebih baik.”“Ambillah ini, semoga bapa mendapatkan sesuatu yang lebih baik daripadanya,” kata Fatimah sambil memberikan kulit itu. Orang tua itu berkata: “Wahai puteri Nabi, aku mengadukan keadaanku yang lapar, tapi engkau hanya memberi kulit kambing ini? Apa yang aku perbuat dengan kulit ini?
Orang itupun menerima kalung itu dengan gembira lalu pergi ke masjid untuk menemui Rasulullah. Setibanya di masjid dia mengatakan kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, Fatimah puterimu telah memberikan kalung ini dan ia berkata: “Juallah kalung ini, semoga Allah memberimu sesuatu yang lebih baik.”
Mendengar itu, Rasulullah SAW pun menangis. Ammar pun berdiri seraya berkata: “Ya Rasulullah apakah anda mengizinkanku untuk membeli kalung itu?” Rasulullah menjawab: “Belilah wahai Ammar, sekiranya jin dan manusia ikut membelinya tentu Allah tidak akan menyiksa mereka dengan api neraka.” Ammar bertanya: “Dengan harga berapa engkau akan menjual kalung itu wahai saudaraku?”
Orang itu menjawab: “Seharga roti dan daging yang akan menghilangkan rasa laparku, selembar kain Yaman yang akan menutupi auratku agar aku dapat solat menghadap Tuhanku, dan satu dinar wang untuk pulang menemui keluargaku.”
Kemudian Ammar menjual bahagian harta rampasan perang yang didapati daripada Rasulullah, tidak ada yang tersisa sedikitpun, ia berkata kepada orang Arab Badwi itu: “Anda akan saya beri wang 20 dinar dan 200 dirham, sehelai kain Yaman, kenderaan untuk menghantar kamu sampai ke rumah dan rasa kenyang daripada roti dan daging.”
Orang itu berkata: Wahai, betapa pemurahnya tuan ini. Semoga Allah memberkati anda wahai tuan yang mulia.”
Ammar mengajak orang tua itu ke rumahnya dan memberikan semua yang dijanjikan kepadanya. Kemudian orang itu menjumpai Nabi SAW, yang kemudian berkata: “Sudahkah bapa kenyang dan berpakaian?” Orang itu berkata: “Sudah Ya Rasulullah, bahkan demi Allah, aku menjadi orang yang kaya saat ini.” Rasulullah bersabda bermaksud: “Jika demikian, balaslah Fatimah atas perbuatannya.”
Orang itu berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan, kami tidak mengabdikan melainkan hanya pada-Mu. Ya Allah, berilah kepada Fatimah hal yang tidak pernah terlihat oleh mata, tidak pernah terdengar oleh telinga, dan tidak pernah terbayang oleh hati manusia.”
Rasulullah SAW mengaminkan doa orang itu lalu menjumpai sahabat seraya berkata: “Sesungguhnya Allah telah memberikan hal itu kepada Fatimah di dunia, demikian itu kerana aku adalah ayahnya, tidak ada seorang pun yang seperti denganku. Ali adalah suaminya, tidak ada orang yang sebanding dengannya. Allah juga memberinya Hassan dan Husain, tidak ada manusia yang seperti dengan kedua-duanya di alam ini, kedua-duanya adalah pemimpin pemuda syurga.”
Di antara sahabat mulia yang hadir ketika itu adalah Miqdad Ibnu Amr, Ammar, Bilal, dan Salman RA. Rasulullah bertanya: “Mahukah aku tambah lagi?” “Mahu Ya Rasulullah.”
Jawab mereka singkat. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Baru saja malaikat Jibril datang padaku dan berkata: “Jika Fatimah telah dipanggil oleh Allah dan saat di kuburnya akan ditanya, siapa Tuhanmu? Maka dia menjawab: Tuhanku adalah Allah, kemudian ditanya: Siapakah Nabimu? Maka ia akan menjawab: Nabiku adalah ayahku. Siapa yang berziarah kepadaku setelah wafatku seolah-olah dia mengunjungiku pada waktu hidupku, dan siapa yang berziarah kepada Fatimah, seakan-akan dia berziarah kepadaku.”
Ammar pulang ke rumahnya mengambil kalung itu lalu menitikkan minyak wangi dan membungkusnya dengan kain Yaman. Dia memiliki seorang hamba yang bernama Sahmun yang dibeli dari ghanimah ketika Perang Khaibar. Kalung itu diserahkan kepada hambanya seraya berkata: “Berikan ini kepada Rasulullah dan engkau aku hadiahkan untuk Baginda.”
Hamba itupun mengambil bungkusan kalung itu dan membawanya kepada Rasulullah lalu menyampaikan apa yang dikatakan Ammar. Rasulullah bersabda bermaksud: “Pergilah kepada Fatimah, berikan kalung itu kepadanya dan engkau menjadi miliknya.”
Pergilah hamba itu menyampaikan apa yang dikatakan Rasulullah kepada Fatimah. Fatimah lalu menerima kalung itu, kemudian membebaskan Sahmun daripada kedudukannya sebagai seorang hamba. Sahmun pun tertawa.
Fatimah bertanya: “Apa yang membuatmu tertawa Ya ghulam? Sahmun berkata: “Betapa besarnya keberkatan kalung ini, inilah yang membuatku tertawa. Kalung ini telah mengenyangkan orang yang lapar, memberi pakaian orang yang telanjang, menjadikan kaya orang yang miskin, dan memerdekakan seorang hamba, akhirnya kalung ini kembali kepada pemiliknya.”

Tiada apa yang aku boleh katakan selepas membaca artikel ini, cintailah Mereka dan Allah..

9.4.11

6 april..masjid kampung baru

"Hepi birthday to me", sambil menyanyi gaya Usop Wilcha.

Syukur Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk menikmati hidup sehingga saat ini. 6 April lalu genaplah umur aku 24 tahun. Dua hari sebelum itu, aku telah memulakan fasa baru dalam kerjaya. Mungkin ini dapat memberi kepuasan bekerja.

Tahun ini aku sambutan ulangtahun agak bermakna. Aku dan kawan-kawan baik aku merayau sakan. Selepas habis kerja terus ke Kampung Baru, tempat lepak baru. Sebelum ni aku tak sambut pun, sibuk dengan macam-macam urusan dan tugasan.

Selepas kenyang menikmati chiken chop  dan sebelum meneruskan aktiviti merayau, kami singgah di masjid kampung Baru untuk menunaikan solat Isyak. Sayangnya, masjid Kampung Baru yang terkenal dengan masjid yang penuh nostalgia dan bubur lambok itu menambah dukacita terhadap fungsi masjid.

Kami terpaksa menunaikan solat dengan tergesa-gesa. Waktu itu jam baru pukul 9.00 malam, orang jawatankuasa masjid sedang bersiap-siap menutup pintu masjid. Aku agak terkilan. Masjid adalah tempat ibadah, tidak keterlauan juga sebagai tempat perlindungan. Aku tidak menolak di masjid kerap berlaku kecurian, dan ini mungkin langkah untuk mengatasinya. Tapi janganlah sampai mengganggu ibadah. Sepatutnya golongan ulamak memikirkan  cara yang berhikmah untuk mengatasi masalah ini. Aku percaya kepada pendidikan. Jiwa yang terdidik dengan iman tidak munkin akan melakukan kemungkaran. Rasanya golongan ulamak dapat melaksanakan pencegahan dengan cara yang lebih islamik dan murni.

Aku sentiasa mengharapkan masjid dibuka setiap masa, dan dipenuhkan dengan aktiviti. Harapnya aku juga dapat menyumbangkan sesuatu untuk mengembalikan fungsi masjid.






31.3.11

Ingat hebat sangat la makan kat hotel!!

Ramai antara kita yang berasa bangga tidak terhingga kalau dapat makan di hotel. Tak fikir dah halal ke haram, yang tahu sedap. Lagipun, kebiasaannya dinner di hotel kan bayar dengan duit sendiri terutamanya dinner kolej atau persatuan. Rugilah kalau tak makan puas-puas.

Baca ini. Ingat sedap sangat ke makan kat hotel. Ntah apa benda yang depa masuk dalam makanan. Jangan ingat dalam kuah kari tak da lemak babi, dan jangan ingat makanan haram tu daging babi dan arak je. Banyak aspek kena fikir dan perhatikan. 

Dulu ada satu seminar produk halal di USM, dalam seminar tu ada dibuktikan pengakuan seorang tauke Cina yang mengatakan 
"Orang Melayu kata saja tak makan babi, tapi kalau umur sudah 40 tahun, dah sekor babi dia makan."

Mana taknya, dalam coklat, serbuk kari segala bagai ada macam-macma benda haram.

Apa-apa pun baca ini dulu.

Pengakuan Chef Hotel 5 Bintang

Assalamualaikum,
Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm , terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.
Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.
Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.
Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?
Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?
Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.
Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.
Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.
Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.
Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....
Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.
Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.
JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.
Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.
Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
Wassalam...

Untuk lebih banyak entri pasal halal klik sini. Ingat mencari yang halal itu wajib. Solat tak diterima tau kalau makan makanan haram. Astagfirullahaladzim.

30.3.11

Pilihan Jalanraya

ASPIRASI REVOLUSI SAMA – BAIK DI ARAB MAHUPUN DI MALAYSIA

Forum Revolusi Dunia Arab - Pedoman kepada rakyat Malaysia anjuran Biro
International Parti Sosialis Malaysia( PSM) berjaya mencetuskan satu persoalan penting – jalan mana yang patut diambil. Menghancurkan struktur kapitalis dan diganti dengan dengan struktur baru sosialis seperti yang diluangkan oleh Hishamuddin Rais atau mencari persamaan dan mengujudkan gerakan nasional menjatuhkan rejim UMNO-BN seperti ayng diluangkan oleh Che Bard.

Forum yang penuh sejak dihadiri oleh ramai anak muda mempertengahkan empat pengulas penting – Prof Aziz Bari dari UIA, Sdr. Hisham Rais, Saudara Chegu Bard dari Solidariti Anak Muda Malaysia dan Komrad Choo Chon Kai dari Parti Sosialis Malaysia.
Prof Aziz Bari berkata semua kerajaan yang tumbang di Arab sebelum ini seolah-olah mempunyai sokongan rakyat dan menang besar dalam pilihanraya tetapi semasa kebangkitan rakyat, nampaknya rakyat berpaling tadah. Inilah mungkin persamaan di Malaysia.

Chon Kai memberikan satu sejarah komprehensif kebangkitran rakyat di Tunisia, Mesir dan Libya. Beliau berkata rakyat bangkit bukan kerana demokrasi kerana protes terhadap sistem kapitalis yang memiskinkan rakyat majoriti. Beliau berkata perlu ada organisasi yang jelas untuk membawa aliran rakyat ke hadapan kerana jika tidak, US dan imprerialis akan hijack.

Hisham Rais berkata kita bukan nak tukar daging. Yang perlu adalah pertukaran sistem itu sendiri. Beliau berkata bahawa jalan pilihanraya adalah jalan yang tipu dan satu sandiwara besar sistem kapitalis. Kita kena debat dan kita kena turun ke jalanraya, katanya.

Chegu Bard berkata bahawa kita perlu mencari persamaan dan ia mestilah berdasarkan kepentingan nasional. Kita kena bersatu sekarang dan kita kena jalankan dua jalan iaitu jalan pilihanraya dan jalanraya seiring. Beliau menyeru anak muda untuk besedia memimpin gerakan perubahan ini.

Pelbagai isu ditimbulkan oleh peserta forum dan pelbagai ulasan dilemparkan tetapi forum berakhir dengan persoalan bahawa Revolusi di Arab tak banyak beza dari negara kita dan boleh berlaku disini. Penukaran sistem atau penukaran pemimpin ? Pilihanraya atau Jalanraya ? Apakah titik persamaan ? Inilah ide-ide yang muncul dalam forum ini yang cukup memberangsangkan . Lenin pernah berkata Adalah lebih baik mengalami satu revolusi daripada menceritakan mengenainya. Ayuh ! kita membawa perubahan di negara kita.

Berita - PSM HQ

-- Kuala Lumpur, 23 Mac 2011

28.3.11

Rakyat sudah bosan!

Sekarang ini aku dah malas nak ambil tahu hal politik. Bukan bermaksud tak ambil tahu langsung, tapi sudah muak dengan pelbagai kontroversi. Aku menolak UMNO/BN yang memang tak boleh harap dan mengharapkan PKR dapat membela kaum rakyat. Malangnya, satu demi satu kontroversi berkaitan seks, dari kes liwat hingga kes dengan Datuk T. Kebenarannya, hanya Allah dan dia saja yang tahu. Yang atas kecoh pasal hal ni, rakyat pula tetap terbeban dengan situasi ekonomi. Sokong PKR pun tak ada perubahan, dalam parti pun ada pengundi hantu. Sama je dua-dua parti ni!

Aku benci pada sikap yang menyokong membabi buta. Ada akal, ada mata, ada telinga, ada tangan dan kaki, gunakan deria ini untuk menilai. Bukan menegakkan benang basah sampai mengeluarkan alasan yang tak logik.

Ada beberapa perkara yang membuatkan aku sudah jauh hati dengan PKR berdasarkan beberapa pengalaman peribadi aku. Salah satunya ialah pasal pendidikan. Adik sedang aku belajar di kolej swasta sejak setahun lepas. Pada permulaannya, adik aku cuba mohon wang saguhati daripada kerjaaan Negeri Pulau Pinang untuk pelajar yang layak melanjutkan pelajaran. Malangnya, syarat yang dikenakan ialah hanya yang melanjutkan pelajaran di IPTA sahaja dibenarkan memohon. IPTS bagaimana? Bukan semua yang masuk IPTS tu kaya. Semua orang bayar cukai, kenapa ada double standard? Aku tidak marah jika adik aku tidak dapat. Tetapi aku marahkan polisi yang berat sebelah. Macam ini ke nak bela rakyat? Dah lama aku mengamuk pasal ini, tapi orang PKR bagitahu kerajaan tak ada duit. 

Kalau dua-dua parti ini tak boleh harap, siapa yang boleh kita harapkan? Aku hanya percaya kepada kuasa rakyat. Tapi berapa ramai yang sanggup bangun? Arghhh!!!

25.3.11

Raikan Kehidupan

Gambar Hiasan -  kawan-kawan di tempat kerja..3 prospek..hhuh
Kehidupan penuh dengan warna. Ada warna gembira, kecewa, sedih, cinta, terharu dan macam-macam perasaan yang bercampur. Tetapi, adakalanya sukar melihat kekurangan apabila bahagia lebih terang warnanya.

Sejak berhijrah ke Kuala Lumpur, kehidupan di sini telah mengajar aku makna kebahagiaan. Aku berpendapat kebahagiaan bukanlah diukur dengan berapa banyak nilai wang yang kita ada, sebagus mana jenama pakaian yang dipakai, sehebat mana kenderaan yang kita pandu. Tetapi kebahagiaan itu hadir apabila kita sanggup menerima keadaan dengan hati terbuka dan persahabatan yang ikhlas serta kekuatan hubungan keluarga.

Semasa di tahun 2, aku mengalami masalah kewangan yang agak kritikal. Tambahan pula waktu ialah waktu kemelesetan ekonomi 2008. Untuk meringankan beban, aku menjadi ejen direct selling berasaskan akupuntur sewaktu habis kelas. Kerja aku ialah mencari 'calon' untuk buat pemeriksaan. Kalau ada yang beli produk, adalah duit, komisen 20 percent, tidaklah banyak. Hanya lepas untuk bayar cetakan assignment. Lainlah kalau jadi ejen pembelian kapal selam. Pernah juga aku bekerja sebagai krew di McDonald Jalan Petaling, cuma empat hari. Lepaslah juga untuk beli top-up untuk menguruskan projek di fakulti. Walaupun menjalani kehidupan dengan kekurangan, syukur aku masih boleh bernafas dengan bantuan keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan pertolongan. Mereka sangat memahami dan inilah kebahagiaan aku.

Pengalaman selama dua bulan menyewa di flat Kg. Kerinchi bersama enam orang teman serumah sukar untuk aku lupakan. Walaupun rumah tersebut hanya ada satu bilik, tapi kami dapat hidup bagaikan adik beradik walaupun baru berkenalan. Rumah itu tidak pernah sunyi daripada gelak ketawa, sikit atau banyak semuanya dikongsi. Mungkin keserasian ini lahir kerana latar hidup kami hampir sama, berjuang untuk hidup.

Kami semua belajar dan sedang bercuti semester. Cuma aku dan dua lagi sedang menjalani latihan praktikal. Sahabat yang pertama, bekerja sambilan sebagai jurujual. Pagi di tempat lain, dan petang di tempat lain. Seorang lagi dengan MLM, dan lagi seorang namanya sama dengan nama aku, juga jiran aku di kedai kuih Pasar Seni. Hehe. Gaji yang diterima untuk dua hari bekerja sebagai jurujual digunakan untuk menyara kos hidup seminggu. Kami makan seadanya, tapi tetap kenyang dengan memasak secara 'gotong royong'.

Menempuh pengalaman sebegini menjadikan fikiran lebih matang. Keindahan hidup bukan bergantung kepada material, tapi apa dalam hati kita. Ikhlas, redha, kasih dan ingatan kepada NYA sentiasa. Inilah warna-warna mencorakkan kegembiraan.

24.3.11

Sekolah: Jalan sampai dapat



Sengaja aku menulis mengenai zaman persekolahan, memandangkan mood keputusan SPM masih berbahang.

Bukan budak pandai

Aku bukanlah seorang pelajar yang gred A sewaktu di sekolah tadika hinggalah ke universiti. Gred A maksud aku ialah murid yang selalu meraih skor yang tinggi dalam peperiksaan. Tapi, dalam sesetengah waktu, aku ada juga keputusan yang boleh dibanggakan. Terutamanya sewaktu darjah dua darjah tiga. Di sekolah menengah, aku berada di kelas pertengahan. Dalam sesetengah subjek yang kritikal, warna pen merah lebih dominan dalam buku laporan.

Keputusan UPSR aku tidaklah sehebat mana. Cuma ada 1A dan sangat sederhana. Bagi aku itu sudah cukup baik dan sesuai dengan keupayaan aku. Tambahan pula, sewaktu darjah 6 sahaja aku jarang ponteng. Selebihnya, rumah adalah sekolah bagi aku. Begitu juga dengan PMR, hanya 1A dan 1B, lagi enam subjek ada D dan C. E bermakna gagal. Tapi aku tidaklah sedih dan tertekan dengan keputusan tersebut biarpun ada yang memperlekehkan keupayaan aku. Setiap masa aku percaya dengan kebolehan diri dan sudah berimaginasi, sekurang-kurangnya jika tidak mempunyai kerjaya yang hebat, aku memiliki butik pakaian yang dijahit sendiri atau bakery atau kedai bunga. Bekerja dengan kemahiran dan kreativiti. Mujur emak dan bapa tidak mendesak dan membiarkan aku memilih minat sendiri. Pada waktu itu, aku sudah berbincang dengan emak untuk memiliki perniagaan tesebut.

Terkandas depan tv

“Awak ni bukan tak pandai, tapi pemalas”
“Ada pelajar yang bagi karangan guna esei dalam yang sama dengan esei oral. Dia cuma tukar nama saja. Very clever girl.” Itu antara kata-kata guru yang masih aku ingat sewaktu di tingkatan 4 dan 5. Aku bukanlah nakal sangat, tapi adakalanya aku buat kerja nakal untuk menyelesaikan masalah. Dalam kelas aku seorang yang fokus, dan jika ada rakan-rakan yang mebuat bising, aku akan marah. Tapi aku agak bermasalah menyiapkan kerja rumah dalam sesetengah subjek. Keinginan untuk berjaya sentiasa ada, namun kerja rumah sering terkandas di hadapan televisyen terutamanya hari Selasa malam kerana ada tayangan filem dari Hong Kong.

Apabila timbul kesedaran, aku kerap mengulangkaji walaupun seorang diri sedangkan aku lebih suka berkumpulan. Bila belajar berkumpulan, lain pula jadinya. Hasilnya, aku hanya memperoleh empat kredit dalam SPM dan tiada langsung A yang sering dijadikan kayu ukur kejayaan. Hanya sekadar ingin berkongsi, dalam matapelajaran Pendidikan Islam pun aku hanya dapat mata yang tercorot. Sedangkan ramai yang mampu meraih keputusan yang baik. Jika melihat keputusan, mungkin aku dilabel manusia jahil. Ha..ha. Namun aku berpendirian, belajar agama bukan sekadar menghafal surah dan jawapan untuk menjawab peperiksaan, tetapi memahami apa yang dituntut melalui surahNYA dan melaksanakan kehidupan dengan NYA yang sentiasa bersama kita. Banyak lagi yang perlu dicari dalam agama ini. Syukur Alhamdulillah. Dengan keputusan ini aku masih lagi diterima keluarga. Paling aku ingat, Pak Cik aku mengucapkan tahniah. Aku tetap bahagia dengan kehidupan aku.

Fasa baru dalam sekolah

Tingkatan 6 adalah kemuncak dalam sejarah persekolahan aku. Dalam empat peperiksaan yang aku lalui, inilah yang paling cemerlang. Di peringkat awal tingkatan 6, pada minggu pertama aku begitu nekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Tapi bila sampai di pertengahan jalan, aku hilang semangat dan seolah-olah tiada hala tuju. Tetapi dalam masa yang sama, keinginan aku kuat untuk berjaya. Aku tidak mahu lagi mengulangi pengalaman sebagai pekerja kilang.

Aku menjalani pengajian ini dengan ala kadar sahaja. Maklumlah, buku-buku rujukan sangat mahal. Untuk itu, aku meminjam buku daripada rakan atau guru dan buat salinan fotokopi. Ada juga guru-guru yang bermurah hati meminjamkan buku rujukan. Buku ekonomi terutamanya, aku sewa daripada guru dengan bayaran 10 sen sehari. Lama-kelamaan, aku dapat meminjam secara percuma, mungkin kerana prestasi aku semakin baik. Agaknyalah.

Seorang lagi guru mikroekonomi, meminjamkan aku bukunya edisi lama setelah melihat aku menggunakan buku kakak yang silibusnya telah sedikit bertukar. Namun masih relevan untuk digunapakai. Kawan-kawan aku banyak juga yang ke tuisyen, tetapi kerana bayarannya agak mahal, aku memilih inisiatif sendiri dengan membuat sendiri ulangkaji dan merujuk dengan guru. Hasilnya, syukur! keputusan aku juga lebih baik daripada yang mengikuti tuisyen.

Ada satu perkara yang mungkin membuatkan aku ingat hingga mati. Bayangkan, aku hanya memperoleh 5 markah untuk subjek ekonomi dalam ujian percubaan. Sedangkan cuma ada 7 bulan saja lagi untuk peperiksaan sebenar. Paling tidak boleh dilupakan, disebabkan ramai gagal, cikgu minta kami menulis 'kenapa gagal?. Aku menulis dengan perasaan menyesal dan di hujung nota aku meminta maaf kepada cikgu dan berjanji untuk buat lebih baik. Dari situ, aku berjaya mendapat keputusan yang baik sehingga melayakkan ke universiti.

Hitam dan putih

Dalam salah satu entri, aku ada menceritakan pengalaman di universiti yang kerap tidur dalam kelas dan adakalanya tidur di surau beberapa minit, selepas itu masuk semula ke dalam kelas. Ada juga kelas yang aku mampu memberi fokus dengan baik dan mengambil kesempatan berbincang dan mengemukakan pendapat. Bergantung kepada kandungan subjek dan keupayaan pensyarah menjadikan kelas itu menarik.

Biarpun aku agak 'teruk' dalam kelas, dunia aku bukan terhad di situ. Aku percaya, pelajaran di dalam kelas dan tugasan tidak mampu membuatkan kita berjaya sepenuhnya. Kunci kejayaan ialah attitude kita sendiri dan bagaimana kita membentuk diri kita untuk berjaya. Sebagai persediaan untuk laku dalam pasaran kerja dan memenuhi impian, aku terlibat dalam dalam pelbagai persatuan dan projek dan aku tidak suka persatuan yang didominasi oleh satu-satu kaum. Oleh itu, aku pernah bekerja dengan komuniti yang majoriti ahlinya kaum Cina dan bekerjasama dengan pelbagai peringkat masyarakat. Aku juga sangat aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu Univerti Malaya (PBMUM) dan aktiviti berkaitan media. Salah satu perangai aku ialah boleh bergaul dengan sesiapa sahaja tidak kiralah pensyarah, pelajar asing, atau tukang cuci. Seronok sebenarnya bila bergaul dengan ramai orang. Terasa bebas dan terbuka.

Mungkin inilah seperti yang dikatakan pepatah, apa yang ditabur, itu yang dituai. Walaupun aku bukan lulus dengan ijazah kelas pertama, dan pointer aku cuma kurang 0.01 untuk mencapi kelas ijazah kelas dua atas, namun aku mampu mendapatkan kerjaya yang aku inginkan sejak kecil biarpun tidak kaya-raya, jauh sekali mewah. Tetapi inilah yang membuatkan kehidupan aku puas dan ini juga kebahagiaan. Bukan sekadar kerjaya, aku juga mudah mendapat kawan yang sangat membantu dalam kerjaya dan minat serta dikelilingi sahabat dan keluarga yang sangat memahami.

Raikan kehidupan dengan apa yang kita miliki dan tidak semestinya sesuatu yang kita lakukan harus mendapat pencapaian yang sempurna. Kejayaan itu luas pengertiannya, dapat mengatasi kekecewaan juga satu kejayaan.

22.3.11

Penjenayah Tanpa Wajah...Awas!

Jenayah tanpa wajah (sumber Sinar Harian)

KETIKA sedang memandu kenderaan menuju pejabat setelah pulang daripada melakukan tugas harian, Fazli (bukan nama sebenar) mendapat panggilan daripada seorang wanita. 

Dia yang menggelari dirinya sebagai Amy cuba menawarkan peluang memperoleh ‘keistimewaan’ pakej pelancongan. 

Ketika itu, Fazli cepat-cepat mengatakan tidak berminat. Mungkin kerana dua perkara iaitu pertama, sedang memandu dan keduanya, tidak percaya dengan tawaran yang akan diberikan. 

Perbualan kemudiannya berakhir di situ dan Amy berjanji akan menghubunginya semula. 

Seminggu kemudian, ketika Fazli sedang bertugas di Temerloh, Pahang, Amy sekali lagi menghubunginya. 

Ketika itu Fazli sedang berehat di rumah sewa setelah seharian bertungkus-lumus melakukan tugas yang diamanahkan. 

Panggilan itu dilayan dengan sapaan manis Amy. Segala penerangan yang diberikan cukup lengkap. 

Antaranya, anda akan mendapat potongan harga di semua hotel di Malaysia dan beberapa negara luar yang terpilih. Anda juga akan mendapat baucer penginapan dan yang paling menarik, nyawa anda akan dilindungi melalui insurans sepanjang hayat. 

Menarik bukan? Tetapi Fazli masih tidak percaya. Amy meneruskan peranannya cuba memujuk. 

Katanya, syarikatnya sudah lebih 11 tahun beroperasi dan berdaftar dengan Bank Negara. Entah di mana silapnya, Fazli percaya seperti dipukau. 

Laman sesawang yang diberikan, dilayari. Semua arahan Fazli turuti. Sehinggalah pada satu ketika yang terus mengubah situasi Fazli. 

Amy terus meminta nombor yang tertera pada satu kad banknya. Tanpa sebarang syak dan ragu, Fazli terus memberikannya tanpa sebarang pertanyaan. 

Bermula daripada situ, Fazli sedar bahawa dirinya sudah ditipu. Kebetulan waktu itu, baru tiga hari gaji. 

30 hari bersusah payah mendapatkan wang gaji, dalam sekelip mata, wang itu lesap! 

Itu kisah benar yang berlaku kepada rakan penulis. 

Mudah bukan? Itu yang akan dibincangkan minggu ini dalam ruangan MODUS OPERANDI, iaitu ‘jenayah tanpa wajah’. 

Apa yang dimaksudkan dengan jenayah tanpa wajah? 

Jenayah tanpa wajah adalah jenayah di alam maya, iaitu sama ada melalui panggilan telefon, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, atau melalui ruangan sosial. 

Kita tidak mengenali muka penjenayah itu tetapi kita boleh percaya dengan apa yang diperkatakan. 

Mengapa semua ini boleh terjadi? Mengapa sewenang-wenangnya kita boleh mempercayai seseorang itu tanpa mengenali individu terbabit? 

Walaupun sebelum ini media sering kali melaporkan sindiket penipuan sedemikian, tetapi cukup mudah untuk orang lain iaitu mangsanya terjerat. 


Jenis sindiket penipuan 

Terdapat pelbagai modus operandi sindiket menggelapkan wang mangsa. Antaranya ada yang secara terangan. Ada juga yang menjual produk atau perkhidmatan tetapi selepas itu, keistimewaan yang diperoleh tidak seperti yang dijanjikan. 


Penipuan secara panggilan 

Penipuan secara ini membabitkan panggilan daripada seseorang yang mendakwa dari sebuah syarikat. Biasanya mereka dikenali ejen telepemasaran. 

Mereka juga menyatakan mewakili sebuah syarikat atau institusi tertentu. Mereka pandai mempengaruh pengguna dengan tawaran menarik. 

Transaksi pembayaran sama ada melalui pemindahan wang atau melalui kad kredit. Semua itu dilakukan menerusi satu panggilan tanpa bersua muka. 

Nombor yang digunakan tidak tertera pada panggilan telefon bimbit anda. Ada juga yang menggunakan nombor yang bila dihubungi semula, tiada jawapan daripada ejen terbabit. 

Modus operandi yang digunakan cukup menarik. Mereka menyatakan anda terpilih sebagai pelanggan istimewa. Segala tawaran yang diberikan membuatkan anda boleh putih mata. 

Mereka juga akan bertindak meminta nombor pin atau nombor rahsia (CCV) bagi kad kredit atau kad bank. Tujuannya, mereka nyatakan mahu membuat semakan dengan pihak bank, sama ada nama anda disenarai hitam, akaun masih aktif atau tidak dan sebagainya. 

Tidak hanya di situ, mereka juga meminta nama penuh anda, nombor telefon lain, alamat rumah dan segalanya berkaitan butir peribadi, bagi mengaburi mata mangsanya. 

Bagi mengukuhkan lagi helah sindiket, mereka juga akan menjaja nama syarikat dan akan meminta mangsanya melayari laman sesawang yang dikatakan milik syarikat terbabit. 


Penipuan melalui SMS 

Kaedah ini boleh dianggap cukup popular digunakan sindiket. Penipuan hanya digunakan melalui SMS. 

Pengirimnya dikatakan mewakili sebuah syarikat minyak dengan menyatakan nombor telefon pelanggannya terpilih memenangi wang tunai beribu-ribu ringgit. 

Apa yang perlu dilakukan, pelanggan perlu menghubungi nombor panggilan yang dilampirkan. 

Penulis berkesempatan menelefon nombor tersebut, dan seorang lelaki, dipercayai bukan warga negara ini, menyambut panggilan tersebut. 

Perkataan ‘tahniah’ tidak lekang dari bibir lelaki itu. Dia seolah-olah gembira dengan pemilihan nombor telefon penulis. 

Apa yang diperlukan, mereka meminta nombor kad pengenalan dan nombor akaun penulis. Katanya mereka mahu memasukkan wang tunai yang penulis menangi. 

Tetapi, semua nombor yang dikehendaki tidak diberikan dan penulis menyatakan, “Kalau saya menang, kita perlu bersua muka”. Perbualan berakhir di situ. 

Biarpun sindiket menggunakan SMS itu tidak berjaya menjadikan penulis sebagai mangsa, tetapi berapa ramai yang telah menjadi mangsa. 


Penipuan melalui e-mel atau laman sosial 

Penipuan ini biasanya mengambil masa yang boleh dikatakan agak lama. Ini kerana, penjenayah perlu memastikan mangsanya benar-benar mempercayai sindiket tersebut. 

Pada mulanya mereka berkenalan sama ada melalui e-mel ataupun laman sosial seperti Facebook. 

Mereka ini di anggap sebagai rakan, tidak seperti telepemasaran yang hanya dikenali hanya melalui panggilan telefon. 

Ada beberapa kes yang di laporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mangsa-mangsanya pernah menjalin cinta dengan rakan maya mereka ini. 

Beberapa kes lain juga dilaporkan di mana, penjenayah tanpa wajah ini mengatakan kepada mangsanya bahawa mereka mempunyai harta pusaka di luar negara yang diwasiatkan oleh keluarga rakan yang dikenali itu. 

Bagaimanapun, untuk memperoleh wasiat berjuta-juta ringgit itu, mangsanya perlu menanggung kos penghantaran barangan tersebut. 

Setelah dibayar, barangan tersebut pula dikatakan ditahan Kastam Diraja Malaysia (KDRM). 

Mangsa pula perlu membayar cukai Kastam untuk melepaskan barang tersebut, tetapi akhirnya menyedari ditipu setelah mengalami kerugian yang besar. 


Skim cepat kaya 

Biarpun skim cepat kaya bukan dikategorikan sebagai jenayah tanpa wajah, tetapi modus operandi yang digunakan dianggap serupa. 

Ahli sindiket meyakinkan mangsa-mangsanya supaya melabur dalam skim yang ditawarkan. Pulangan yang diperolehi amat lumayan. 

Apa yang dilakukan hanyalah mengisi boring dan menyerahkan wang pelaburan yang dipinjam daripada bank tempatan. 

Selepas beberapa ketika, pulangan yang dijanjikan tidak diperolehi. 

Tahun lalu, PDRM menumpaskan satu skim cepat kaya yang telah memperdayakan ratusan mangsanya. 

Mereka hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah bagi meyakinkan pelabur baru. 

Mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000. 

Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat. 


Punca menjadi mangsa 

Berbicara bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, satu-satunya punca yang menyebabkan orang ramai menjadi mangsa adalah TAMAK! 

Tamak untuk mendapat hadiah, tamak untuk mendapatkan wang ringgit dengan mudah dan tamak inginkan kejayaan merubah kehidupan. 

Itu yang menjadi dorongan orang ramai menjadi mangsa kepada ‘jenayah tanpa wajah’. 

Sifat tamak itu menjadi pendorong seseorang itu mahukan wang atau kelebihan dalam sekelip mata. 

Oleh kerana ada sifat tamak itu, orang ramai ingin mencuba. Biarpun sebelum ini mengetahui amaran yang dikeluarkan PDRM melalui media massa, namun, perasaan tamak itu melahirkan tindakan ingin mencuba. 

Dengan anggapan bahawa mungkin akan mendapat keuntungan, mereka mengabaikan amaran awal yang telah dikeluarkan. 

Elak jadi mangsa 

Mengulas lanjut, Tun Hisan menyarankan orang ramai melakukan beberapa perkara supaya tidak menjadi mangsa terhadap sindiket penipuan ini. 

====Jangan dedahkan nombor kad pengenalan anda 

====Jangan dedahkan nombor pada kad bank 

====Jangan sewenang-wenangnya memberikan nombor akaun bank anda 

====Jangan dedahkan alamat rumah anda 

====Jangan dipaksa membuat keputusan 

====Jangan percaya terhadap pakej yang ditawarkan 

====Minta seberapa maklumat syarikat yang mereka wakili 

====Buat pemeriksaan nama syarikat tersebut 

====Letakkan telefon semasa mereka cuba memujuk anda 


Baru-baru ini, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din mengingatkan para pengguna perkhidmatan perbankan Internet agar tidak mudah terpedaya dengan e-mel, SMS atau panggilan telefon yang meminta mereka mendedahkan maklumat perbankan. 

Ulasnya, kes penipuan melibatkan perbankan Internet meningkat dengan amat ketara. 

Mengikut statistik, pada 2009, 75 kes penipuan melalui perbankan Internet dilaporkan dengan kerugian berjumlah lebih RM200,000 dan ia terus meningkat dengan 353 kes dan kerugian kira-kira RM1.2 juta, pada tahun lalu. 

Jelas di sini, biarpun PDRM sudah melakukan pelbagai cara bagi mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa, jenayah tersebut tetap berlaku. 

Modus operandinya tiada bezanya tetapi, cukup mudah orang ramai menjadi mangsa. Sedarlah semua, wang tidak akan jatuh tergolek di depan mata, semuanya memerlukan usaha sendiri. 

Jangan disebabkan sikap tamak, anda mengalami kerugian berlipat kali ganda.