11.1.11

Salah satu sebab perempuan takut nak kahwin

Oleh ABD. KADIR MOHD. AYUB
Pada malam itu, kelihatan sebuah kereta mewah berwarna kelabu menghampiri seorang pemuda berusia 20-an yang sedang “melepak” di letak kereta sekitar bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Namun, kereta tersebut sekadar lalu di tepi pemuda itu dan terus ke kawasan lain.
Pemuda tersebut sibuk melayan panggilan telefon bimbitnya. Dia memiliki susuk tubuh sasa dan rupa paras yang menarik. Tidak berapa lama kemudian kereta mewah yang sejak tadi asyik “meronda” kawasan tersebut memberhentikan keretanya berhampiran dengan pemuda tersebut dan membuka cermin tingkap. Pemuda yang begitu sibuk melayan panggilan telefon bimbitnya tadi terus meluru ke arah kereta tersebut.
Di dalam kereta mewah itu kelihatan seorang lelaki berumur awal 40-an menghulurkan “salam perkenalan” kepada pemuda terbabit. Tidak sampai 10 minit, pemuda tadi menaiki kereta mewah tersebut dan menuju ke sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Situasi di atas bukan adegan biasa yang melibatkan pertemuan dua orang lelaki normal. Ini adalah kegiatan pelacuran yang dilakukan oleh remaja lelaki khusus untuk pelanggan lelaki kaya yang memiliki nafsu songsang. Kegiatan tidak bermoral ini dibongkar oleh Dewan Masyarakat. Kebanyakan pembaca mungkin kurang mengetahui kewujudan kegiatan moneyboy begitu berleluasa di ibu kota sekarang.
___
Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Nota: Inilah sebabnya perempuan tak kahwin, lelaki hampir pupus.
Banyak yang tak normal.
Nak jadi perempuan, yang minat lelaki.
kalau yang normal, ada pula masalah lain.
Haiz!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan