28.1.11

"haha..skema la mu ni"


Masa aku belajar dulu, aku digelar skema oleh beberapa orang kawan yang maju dan intelektual. Sebab?

  • Aku buang sampah dalam tong sampah, aku tak suka orang yang buang sampah tepi jalan . Nampak la kebodohan menggunakan kemudahan. Biasanya orang yang bagi gelaran skema bila aku buat perkara ini ialah pelajar jurusan alam sekitar. Agaknya apa yang depa belajar pasal alam sekitar?
  • Bila melintas jalan, gunalah 'zeebra cross'. Itu pun dituduh skema. Hahaha. Aku pun cakaplah “kalau hang kena langgar, sekupang pun tak laku, memang hang salah melintas tempat kereta lalu, tak guna jejantas pun kena saman beratus, sama juga dengan ni, PANDAI”
  • Dulu aku ikut kursus yang dianjurkan universiti masa cuti semester. Kursus itu untuk tingkatkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Inggeris. Aku ikut kursus itu dengan komited sebab percuma dan aku tak perlu nak keluarkan duit masuk kelas di British Council. Teacher pun baik dan kursus itu menarik. Habis kelas, ada game sebelah malam. Yang kendalikan game ialah teacher-teacher yang mengajar sebelah siang. Best. Aku tak suka ponteng, sebab hormat ilmu dan hargai orang yang mengajar walupun dah penat sehari suntuk mengajar sebelah siang. Ini pun dituduh skema. Hahahaha.
    Teruskan berfoya-foya untuk kesenangan abadi.

Inilah hasil didikan sistem pendidikan Malaysia. Kita tidak perlu hidup dengan berfikir secara kreatif dan kritis. Universiti hanya pusat atau kilang mengeluar 'pak turut', belajar untuk dapat ijazah, tidak perlu fikir jauh. Janji habis belajar dapat kerja kerajaan, kerja kat kampung, beli Myvi, kahwin dan hidup bahagia selama-lamanya. Benda senang pun malas nak fikir!

P/s: Teguran ini juga untuk aku yang lemah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan