24.1.11

Emelda Kus Kus Malaysia

Hari-hari aku menghitung hari. Dulu aku menghitung hari untuk berjumpa seseorang kawan. Sekarang aku menghitung hari menunggu langsuir negara, atau Emelda Kus Kus Malaysia berhijrah ke alam lain.
Aku rasa sesak, penat melebihi orang lelah bila bangun pagi tengok muka dia, baca surat khabar, dengar radio ada nama dia. Dia ada di merata-rata tapi apa yang dia buat entah!Oh lupa pulak cerita kontroversi rupanya. Dia yang terkenal dengan banyak 'duit rakyat' memang selalu menyesakkan rakyat marhaen. Aku pun mestilah salah seorangnya.

Tadi aku terbaca blog marhean pasal lulusan universiti gaji ciput sejak 1980-an. Memang. Dulu masa aku sekolah rendah, abang aku baru habis belajar. Diploma. Waktu itu aku selalu dengar bila dia pergi temuduga gaji yang dia letak mesti lingkungan seribu ke atas. Mana main ratus-ratus.

Sekarang, aku baru kerja 6 bulan, tahu berapa gaji yang ditawarkan masa temuduga? RM800. Gaji ijazah RM 800. Bukan jawatan jurujual, juruwang. Kerja ini memerlukan aku mengaplikasi ilmu yang aku belajar selama ini. Jawatan ini ialah jawatan kerjaya. Tapi aras gaji sama tahap kerja kilang. Segala usaha dan penat, tenaga dan duit selama 3 tahun hanya ini yang layak aku dapat. Tapi, nasib baik majikan itu ada perasaan, jadi dia tawarkan lebih sikit. Itupun tahap gabanlah. Tambah-tambah pula aku kena keluar sana-sini, berlubang jugalah poket. Aku bersyukur aku ada kerja yang sepadan, kalau nak dibanding dengan orang lain yang masih menganggur. Mungkin setakat ini rezeki aku buat masa ini, Alhamdulillah.

Tapi amat megecewakan. Dalam keadaan kita sedang mengikat perut sebab barang makan semua mahal, tambang bas mahal tapi servis alahai...nak beli minyak masak goreng telur pun tak ada stok, nak beli gula bancuh kopi pun habis..itu saja makanan yang rakyat mampu, itupun susah juga nak hidup. Nak suruh ubah gaya hidup macam mana lagi? sedangkan si badak tu sedapnya duduk hotel satu malam RM100k, cerita ini bukan untuk si Emelda Kus Kus saja, tapi untuk semua menteri yang tak kenyang-kenyang pelahap duit rakyat, dan kepada pengundi-pengundi yang ada hati nak undi Barang Naik. Tak sedar diri lagi dia sendiri pun susah, tapi tak ingat-ingat nak berubah. Isk Isk Isk.
Sekarang aku masih menghitung hari untuk jadi seperti Tunisia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan