28.2.11

Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan jika kita kaya

Melihat aku yang lebih cenderung berhaluan kiri, ada yang memberi pendapat bahawa tidak ada apa-apa yang perlu kita tentang. Bagi mereka yang hidup selesa dan tidak terkesan dengan kos sara hidup semakin hari umpama meletak pisau pada leher sendiri, tidak ada apa-apa yang perlu diperjuangkan. Memang benar, kenyataan ini memang benar. Kami tidak akan menentang jika kami tidak dihimpit dengan harga barang keperluan asas, kos perubatan yang murah, pendidikan percuma, tidak ada ketirisan dalam pengendalian wang NEGARA, tidak ada yang dihalau dan merempat, tanah kampung kami tidak dijual secara senyap kepada cukong, polis tidak menembak orang awam, tiada rasuah, dan yang susah boleh menjalani hidup dengan selesa dengan keperluan asas yang cukup. Tiada yang menindas dan ditindas.

Bagi golongan yang memegang fahaman begini, aku percaya mereka tidak pernah meyelami nasib golongan bawahan seperti penjaja tepi jalan, kerani, buruh, pekerja kilang, nelayan, tukang sapu yang terpaksa menampung pelbagai kos sara hidup yang jumlahnya berlipat kali ganda daripada gaji mereka.

Adakah orang-orang begini terfikir bagaimana sebuah keluarga berhempas pulas untuk hidup tambahan pula di bandar dengan pendapatan isi rumah kurang RM 2 ribu sebulan. Suami isteri bekerja pada awal pagi, dan pulang ketika hampir malam. Pulang dalam keadaan penat dan stres, kemudian melakukan kerja-kerja rumah. Anak-anak terbiar hidup sendiri. Hidup di kawasan rumah pangsa dan setinggan, tiada ruang kepada anak-anak ini bermain, kondisi kawasan taman permainan terhad dan daif. Remaja pula memerlukan ruang dan peluang yang lebih besar untuk melepaskan keinginan remaja mereka.

Bayangkan jika anda tinggal di kawasan sesak dan tiada ruang untuk melepaskan kebosanan, tekanan, dan segala macam masalah yang melingkari hidup, apakah yang akan anda lakukan? Aku yang sudah dewasa pun tidak betah tinggal di kawasan begitu apatah lagi anak-anak yang sedang membesar. Lihatlah kehidupan mereka yang mencari ruang melepasan tekanan dengan cara mereka sendiri. Dari sini sudah macam-macam masalah yang timbul dan menyakitkan jiwa. Pergaulan bebas dan jenayah. Inilah sebahagian senario nasib golongan bawahan.

Semalam ketika menonton tv, kita dihidang dengan kenaikan harga barang. Kerajaan menjamin kenaikan ini tidak menjejaskan rakyat. Rakyat dipinta untuk memahami bahawa semua barang diimport dan kita harus mengikut harga pasaran global. Mendengar berita ini ibarat meletak satu lagi batu besar atas kepala. Bertambah satu lagi beban yang memang sudah terbeban dan tunggu masa untuk rebah.

Di kawasan tempat kerja, aku dimaklumkan bahawa telah dipasang meter di bahu jalan. Parkir terhad dalam kawasan bangunan dan tiada pilihan terpaksa meletak kereta di bahu jalan. Ini sahaja ruang yang tidak perlu kami meringankan saku. Jika sudah penuh, terpaksalah ke kawasan berbayar dengan kutipan Rm6 sehari. Sekarang, apabila sudah ada meter, terpaksalah kami mengorbankan wang petrol, makanan, dan keperluan lain untuk memenuhkan kantung meter. Meter ini dipacak kerana geram dengan puluhan kereta yang boleh memberi pendapatan. Sekali lagi kami beban bertambah.

Bagi yang hidup dalam dulang emas, ya kami memahami pendirian anda. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan dan diperjuangkan. Saat kami terpaksa menukar menu dan mengubah cara hidup, anda bebas untuk mengunyah apa sahaja. Jika kami terkesan dengan harga petrol, anda masih mampu bercuti di luar negara. Sedangkan kami terpaksa mencatu segala keperluan asas demi memastikan perut kami tidak kosong. Sedangkan kami juga pembayar cukai. Sewajarnya kehidupan kami juga sama seperti anda.


25.2.11

Aku saudagar biskut

 Tiba-tiba teringin sangat nak belajar buat biskut. Jadi aku suruh mak aku ajar dan biskut itu menjadi. Boleh tahan la bagi seorang budak yang berusia 11 tahun pada waktu itu. Keesokanya, aku bawa biskut yang aku buat ke sekolah dan dengan rasa bangganya bagi kawan-kawan aku rasa. Mungkin rasanya sedap dan kawan-kawan aku teruja, sejak itu, aku mendapat permintaan untuk menjual biskut.

Bermula hari seterusnya aku menjadi saudagar biskut dan menjual kepada rakan-rakan sekelas. Setiap malam selepas Isyak aku mula mengadun tepung, mencanai, tekap dengan acuan dan seterusnya bakar sambil menonton Piala Dunia 1998. Satu perkara lagi yang aku harus buat ialah memasukkannya ke dalam plastik. Setiap plastik kecil muat untuk dua biji biskut dan aku jual dengan harga yang mustahil untuk didapati pada ketika ini. Dua biji sepuluh sen.

Semakin hari perniagaan aku semakin laris dan ada permintaan untuk perisa tertentu, ada nak yang lebih berlemak. Perniagaan aku maju disebabkan dua perkara, pertama ialah kerana sambutan yang baik dan bahan yang digunakan ialah bahan yang sedia ada dalam rumah. Bermaksud, setiap sen yang aku dapat, adalah untung bersih dan aku tidak perlu membeli gula, bahan perisa, susu, majerin sebab itu semua bapa aku dah beli awal bulan. Balik sekolah aku singgah kedai dan beli sebungkus tepung jagung atau kastard. Itu saja modal aku. Untung kan? Selain aku, ada lagi kawan-kawan aku yang turut berniaga tolong bisnes mak, jual nasi lemak, dan ada yang jual kerepek.

Aku berniaga dalam 3 bulan, selepas itu anak guru besar yang juga budak kelas aku dah tak bagi aku berniaga sebab mak dia tauke kantin, khuatir peniagaan terjejas agaknya. Satu perkara yang aku persoalkan ialah apa kena mengena bapa dia guru besar, mak dia tauke kantin, dan dia murid sekolah? Boleh ada kuasa pula nak bagi arahan?? ha ha ha k***i


24.2.11

Kita dirompak pada setiap saat dan setiap zarah

Sebelum aku memiliki kenderaan sendiri, aku bergerak dengan kenderaan awam. Hanya itu dunia aku. Aku tidak pernah tahu tentang kesulitan orang yang memiliki kenderaan. Jika tahu pun aku berpura-pura tidak tahu. Yang aku tahu, aku hanya naik dan bergerak sampai ke destinasi. Bila tiba di suatu tahap, aku mula memahami apabila kerap berkereta temankan kawan dan aku lebih faham bila aku sendiri mengalami masalah sebegini.

  1. Jalan raya rosak
    Jalan raya dalam kampus banyak bumper dan bumper tinggi. Pensyarah aku merungut dan bilang ini boleh menyebabkan kerosakan kereta. Maka tercetuslah di fikiran aku bahawa memang sengaja dibuat jalan sebegini supaya kereta mudah rosak kerana pusat servis, pengeluar tayar, pengeluar alat ganti dan kereta itu sendiri serta segala yang berkaitan adalah milik kroni.


    Baru-baru ini, aku memandu dan terlanggar lubang waktu hujan lebat dan air bertakung mengakibatkan tayar berlubang dan bengkak. Mahu atau tidak aku terpaksa menukar tayar baru yang bukan murah untuk dinilai dalam zaman gawat begini. Kenapa jalan berlubang sebegitu teruk? Apakah kualiti bahan terlalu rendah sehingga boleh berlubang begitu dalam? Tambahan pula jika menjadi laluan kenderaan berat. Kenapa terlalu banyak jalan berlubang, retak dan tidak adakah penyelengaraan dibuat untuk memastikan jalan raya selamat digunakan? Bagi aku ini memang lubuk emas bagi kapitalis dan kerajaan untuk menebalkan saku.

  1. Papan Tanda
    Papan tanda selalu membuatkan kita sesat, membawa kita ke plaza tol malah lebih teruk mengakibatkan kemalangan. Sangat menyakitkan hati apabila hampir tiba di persimpangan, papan tanda terlindung di belakang pokok dan menyebabkan kita tersalah masuk lorong. Sedar-sedar dah masuk lebuhraya. Kalau poket tengah kering, jangan pergi tempat yang kita tak tahu, silap-silap bayar tol saja pun dah RM10. Sekali bayar pun dah RM 2.50 sebelum jumpa persimpangan keluar kena lalui empat atau lima buah plaza tol.

    Jika kita tak biasa dengan sesuatu kawasan, kita hanya mengikut arahan papan tanda. Malangnya, bila sampai di persimpangan atau susur, tidak ada papan tanda yang dipacak. Salah lagi masuk jalan dan minyak semakin kering. Inilah cara nak kayakan taukeh tol dan taukeh minyak. Memang sangat laknat cara mereka memerah kantung kewangan kita. Sudah beberapa kali aku dan kawan-kawan tersesat dan bila ikut papan tanda terus ke lebuhraya yang bertol.

    Setakat ini, dua masalah inilah yang menjadi masalah utama. Masalah lain, aku belum pasti. Dua masalah ini saja pun dah cukup menjerut leher kita. Tambah pula harga barang, yuran sekolah, dan semua barang dan perkhidmatan yang semakin mahal. Ditambah lagi dengan saman yang macam hantu. Setiap lubang, ruang dan zarah mereka ceroboh untuk merompak kita. Aku percaya ini semua agenda zionis APCO. Kalau tidak, tidak mungkin Barang Naik membayar mereka sehingga RM 80 juta hasil darah, keringat dan air mata kita.

Bahasa Melayu bukan lagi wajah kita

Tekak aku meronta-ronta untuk menjamah makanan Indonesia, terutama sekali ayam penyet dan nasi padang yang menjadi kegemaran aku. Jadi aku bersama seorang rakan pergilah memenuhi cita rasa Indonesia kami di Bumbu Desa, The Curve. Agak menenangkan waktu berada di situ kerana telinga pengunjung dihidang dengan muzik klasik Indonesia dan uniform perkerja dan dekorasi juga mengekalkan identiti Indonesia yang kental. Bagi aku yang mempunyai darah keturunan Indonesia, suasana seperti itu seolah-olah membawa aku pulang ke kampung.

Cuma satu perkara yang membuatkan aku terasa jengkel. Sewaktu di berurusan di kaunter bayaran, aku disapa oleh juruwang dengan perkataan “English please”. Pada awalnya aku menyangkakan wanita tersebut ialah orang Indonesia, tetapi setelah ditanya, rupa-rupanya dia berasal dari Filipina.

Sapaannya itu sedikit mencalarkan semangat jatidiri aku. Untuk itu, aku bertanya mengapa dia tidak bertutur dalam Bahasa Melayu sedangkan dia berada di Malaysia, bukan di Filipina, Australia, atau London. Wanita itu hanya menunjukkan reaksi yang kurang senang.

Untuk berlaku adil, aku tidaklah meletakkan keseluruhan kesalahan dan kemarahan pada juruwang tersebut. The Curve, lihat pada namanya saja sudah melambangkan status. Persekitaran urban di situ barangkali tidak menggalakkan pekerja asing seperti dia untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Jadi inilah hasilnya jika urban itu diberi definisi 'haruslah menjadi barat'. Insiden ini menambahkan kekecewaan aku terhadap kelangsungan Bahasa Melayu yang selama ini ibarat melukut di tepi gantang di negara sendiri.

Seperti yang aku sering tegaskan, aku bukanlah golongan yang berfahaman lingguistic chauvinism, tetapi negara ini bahasa rasminya Bahasa Melayu dan warga asing yang bekerja di sini sewajarnya memahami dan tahu untuk bertutur dalam bahasa tempatan walaupun tidak menguasainya dengan baik. Sekiranya kita ke negara Jerman, Jepun, China dan negara-negara maju yang lain, sudah pasti kita tidak dapat meneruskan kehidupan tanpa pengetahuan dalam bahasa ibunda mereka. Anehnya, mengapa hal itu tidak berlaku di negara yang diperintah oleh Melayu ini? Insiden ini telah menambah satu lagi bukti bahawa Bahasa Melayu tidak diletakkan pada tempatnya di negara yang diperintah oleh kaumnya sendiri dan satu lagi hak budaya  Melayu yang semakin lenyap.


Tolong bagi signal!

Hari ini awal-awal pagi dah menyirap darah aku. Bukan setakat menyirap, kecut perut lagi. Kisahnya begini. Aku keluar mencari rezeki awal sikit hari ini. Keadaan masih gelap. Lepas lampu isyarat aku belok ke kanan dan terus berada di lorong kanan. Tiba-tiba sebuah kereta wira yang berada di petak berwarna merah bergaris putih (aku tak tau nak sebut apa ni) terus masuk ke lorong kanan dengan laju dan menghimpit aku. Nasib baik kereta belakang jauh lagi, jadi sempat aku mengelak. Bahaya betul. Apa lah orang ini?Otak tu letak kat mana ?nak masuk lorong tak bagi signal, macam masuk pintu rumah dia je. Tak ada sivik langsung. Bila aku tengok pemandu dia, perempuan, muka toya je tak da muka bersalah langsung. Ggggrrrrrrrrrrr...........Alhamdulillah. Nasib baik aku selamat. Amin.

23.2.11

Rahmat di sebalik bekam

Rasulullah saw bersabda:
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"


3 bulan lepas, aku balik kampung dan bila sampai KL kakak aku ajak berbekam dan kebetulan pada waktu aku tak berapa sihat. Sebelum berbekam aku ke klinik tapi ubatnya aku tak makan, aku cuma nak dapatkan MC je.

Rawatan bekam itu dibuat di Ulu Kelang dan kos rawatanya pun berpatutan, tak sampai seratus. Lepas rawatan aku diberi susu kambing dan minyak habatus sauda. Alhamdulillah, lepas tu badan aku terasa ringan dan sihat.

Yang menariknya, masa tu awal bulan, bila dah balik kampung dan berbekam, baki wang aku ada cuma tak sampai Rm300, tapi alhamdulillah dengan rahmatNYA duit itu cukup sampai akhir bulan walaupun aku berbelanja macam biasa.

Inilah rahmat Allah sebagaimana sabda di atas. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Alhamdulillah.

22.2.11

Jangan terkena

Di sini aku nak kongsi satu perkara yang aku tengok sendiri ramai yang dah terkena. Memang sekarang kos sara hidup tinggi, jadi ramai yang ambil keputusan untuk cari duit tambahan. Tambah-tambah sekarang merata-rata iklan yang iklankan cari duit cara mudah. Kalau cari duit cara mudah sekalipun, tak kisahlah, asalkan halal. Tapi yang ramai orang angin ni menyusahkan orang lain dan mengganggu ketenteraman orang lain, malah lebih teruk lagi menganiaya. Walaupun kes macam ini boleh dikatakan basi, tapi masih banyak berlaku.

Kisah 1: Baru-baru ini kawan aku berkenalan dengan seorang wanita waktu membeli belah. Dia sebenarnya memang tak kenal wanita tu, tapi wanita tu pula tegur dia cakap pernah jumpa la, muka familiar la. Akhirnya mereka berkawan. Wanita itu sering bagi nasihat dan banyak selitkan unsur-unsur agama. Dia juga salah seorang ahli MLM. Kawan aku bagitahu awal-awal dia memang tak berminat dengan MLM dan wanita tu mengaku yang dia berkawan kerana silaturahim. Tapi yang menjadi masalahnya setiap hujung minggu dia ajak kawan aku keluar pergi program diaorang. Nampaknya tujuan utama dia berkawan ialah mencari mangsa!

Kisah 2: Sepasang warga emas baru-baru ni rugi RM17 ribu gara-gara percayakan anak kawan sendiri yang kononnya pandai melabur dalam salah satu skim. Siap tunjukkan penyata bank lagi. Malangnya, duit itu lesap dan anak kawan mereka sering mengelak bila minta balik duit. Biasalah tu.

Sebenarnya, banyak lagi kes yang aku nampak pasal MLM ini. Ada yang gunakan duit biasiswa untuk melabur. Di kafe-kafe aku selalu nampak orang luar (tua) duduk di kafe dengan budak-budak kolej. Kalau bercerita siap dengan mimik muka lagi. Aku pun pasang telinga. Sah, promote MLM. Kawan aku pun terkena. Haha. Aku marah dengan orang macam ini. Hidup berpura-pura. Tergamak tipu pelajar yang pinjam PTPTN. Yang pelajar pun satu, mudah sangat percaya bila dengar pasal duit berkepuk-kepuk. Habis duit PTPTN melayang ke mana. Menjalinkan hubungan dengan orang tapi ada agenda. Haiz. Aku menolak persahabatan yang tidak IKHLAS! ^_^. Hati-hati kalau ada orang yang baik luar biasa terhadap anda! :-P

21.2.11

Siapa orang tua ni?

Sepanjang aku hidup, Allah beri aku peluang berjumpa berbagai jenis manusia. Salah satunya macam ini.
Sedang aku menyusun kuih, seorang Pak Cik dengan pakaian dan songkok lusuh berhenti depan kedai. Matanya terbeliak dengan anak mata berkaca memandang tepat ke muka aku sambil bertanya harga dodol.
Aku yang agak terkejut dengan pandangan dia memberitahu harga dodol dan bertanya berapa yang dia nak.
Dia ke suatu sudut meletakkan barang-barang yang telah dibeli dan datang semula. Dia tidak menjawab pertanyaan aku. Sebalik bercakap perkara yang tidak ada kena mengena.
“Anak Pak Cik dah meninggal, kubur dia 8 kaki dalam”
Aku tidak melayan percakapan dia, aku bertanya lagi,
"berapa Pak Cik nak?"
Sekali lagi dia bercakap soal kubur dan aku tidak melayan. Selepas dua tiga kali megulang perkara yang sama akhirnya dia beli juga dodol tu.
Aku jadi trauma beberapa jam gara-gara Pak Cik yang berpakaian seperti penggali kubur itu.


Mengintai Najib

Waktu terluang aku dan sepupu banyak berbincang mengenai masalah rakyat. Bukan untuk menjadi wakil rakyat, tetapi cuba memahami masalah yang dihadapi golongan bawahan. Adakalanya dalam perbualan kami ada juga terkeluar soalan ini.


"agak-agak malam macam ni Najib dan Rosmah buat apa?"


PUTRAJAYA, 20 Feb – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bilangan peminat Facebook beliau sudah mencecah 560,000 orang manakala Twitter sebanyak 80,000 orang. Perdana Menteri berkata beliau sendiri menjawab semua pertanyaan rakan online apabila mempunyai masa terluang terutamanya ketika dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kuala Lumpur dan pada waktu malam.


Sekarang persoalan tersebut telah dijawab. Tahulah kami bahawa Najib berfesbuk pada waktu malam melayan masalah rakyat. 


Hahaha...Layan la sangat!

Bolehkah kita hidup tanpa mereka?


Tukang Sapu
Pasti kita akan sakit mata kalau di tempat awam ada sampah sarap. Bungkusan jajan, botol air mineral bersepah, daun-daun gugur bertimbun dan macam-macam lagi la. Sanggupkah kita dengan rela hati nak bersihkan? Kalau tak ada tukang sapu, alamatnya memang hidup kita bergelumang dengan sampah sarap. Mereka juga ada kelebihan yang tidak ada pada kita. Contohnya, kita boleh ke suka-suka hati masuk bilik orang-orang besar. Mereka setiap hari masuk untuk buat kerja. Hehehe.

Pencuci Tandas
Sama juga macam tukang sapu. Kalau tak ada mereka, kita semua dah lama kena penyakit. Banyak sangat terkena jangkitan kuman.

Pengangkut Sampah
Mereka ini juga antara yang penting penting dalam hidup kita. Hatta Sultan, PM, FLOM pun memerlukan mereka. Kalau tak ada mereka, kita akan merungut sebab sampah bertimbun dan lalat pun dah berpesta depan rumah.

Tukang Jahit
Selagi kita bernama manusia yang berakal, secebis kain pun penting untuk menutup badan kita. Orang asal dalam hutan pun pakai baju walau tak tempah kat butik. Tukang jahit ini memang penting sampaikan nak potong kaki seluar pun hantar kat tukang jahit.

Tukang Masak
Ada ke orang yang perut akan kenyang dengan sendirinya tanpa makan apa-apa?Jadi faham-fahamlah kepentingan mereka. Kalau mereka tak ada dah lama kita kebulur. Bagi yang rajin masak, tak ada masalah. Bagi yang tak rajin dan tak tahu masak, mereka amat penting tambahan pula sekarang ramai wanita yang bekerja. Semuanya nak cepat dan penat nak masak.

Nelayan
Jangan sesekali pandang rendah pada nelayan, kerana merekalah kita dapat makan ketam, ikan, udang, ikan kering, ikan bilis walaupun bertarung nyawa dengan ribut, lanun, ombak dan peraih ikan yang ambil kesempatan.

Petani
Agak-agak kalau tak ada golongan ini boleh ke kita makan nasi, kailan ikan masin macam di kedai tom yam, salad, kerabu pucuk paku, lobak, epal, durian, timun dan pelbagai spesies sayur dan buah. Jangan pandang lekeh, mereka ada sesetengahnya lebih berduit daripada orang berkerjaya.



Perbezaan dalam status sosial sering membuat kita lupa diri dan sering merasakan kita yang berkuasa dan kitalah yang hebat. Tanpa kita sedar, sebenarnya kita juga bergantung hidup kepada mereka. Sebenarnya, jika dilihat dari sudut status, mereka tidaklah memerlukan kita sangat pun. Mereka tidak perlukan peguam, pensyarah atau apa-apa pun jawatan untuk mencari rezeki. Tapi bolehkan kita hidup tanpa bantuan mereka yang melancarkan urusan kita setiap hari?


18.2.11

Rakyat semakin terhimpit

Macam mana lagi kerajaan nak tekan rakyat, nak tekan sampai mati ke? Baru ini dengan isu saman, lagi lambat bayar lagi mahal, barang dengan minyak sedia maklumlah, memang asyik naik tanpa belas kesian. yang gaji kecil terpaksa berhutang, bargadai itupun kalau ada barang nak digadai. Akta gaji minimum pun tak lepas. Kenapa tak kurangkan saja gaji najis dan suaminya king kontrol, elaun sultan dan kerabat (raja bukan maksum tak boleh ditegur) yang makan berbilion-bilion duit rakyat, aku tak nampak pun apa yang depa buat untuk kita. Senang-senang terima separuh duit gaji kita..arrrghhhhh...jom kita turun ke jalan raya...pilihanraya dah berbelas kali tapi tak mengubah apa-apa pun, lepas pilihanraya miyak naik ada la..

16.2.11

Adakah kita akan jadi begini?


Sejak sekian lama, wujud keresahan tak berpenghujung. Semua ini kerana kita manusia. Boleh dikatakan setiap inci tanah di Malaysia dipenuhkan dengan bangunan tinggi. Milik siapa? hehe. Cukonglah. Hampir. Bukan setakat tinggi bangunan sahaja, lebih penting lagi ialah status bangunan. Pusat komersial, kawasan elit, dan macam-macam status diberi. Yang pasti orang biasa macam kita tidak mungkin atau amat tipis untuk mendapat manfaat daripada pembangunan tersebut. Nak jadi cleaner pun susah, semua dipenuhi dengan pekerja-pekerja import. Mak cik jual nasi lemak, tak dapat berniaga dalam tu. Kedai runcit Pak Bakar pun tak akan dapat menandingi pasaraya besar. Untuk siapa ia dibangunkan?

Yang merunsingkan aku sejak bertahun lama ialah jika sekarang ke mana sahaja kita pergi, dari utara hingga ke selatan, adakah kita menemui sebuah pusat pertanian besar-besaran macam di Australia dan Belanda. Kita kononnya ingin maju lalu mengejar sains teknologi. Tidak salah jika ia dilaksanakan dengan kebijaksanaan. Cuba lihat, walaupun negara-negara maju menitik beratkan pertanian, hakikatnya, mereka jauh lebih maju daripada kta.

Kepesatan pembangunan dan kurangnya tumpuan terhadap pertanian mungkin akan memberi kesan yang besar kepada kita. Kesannya tentulah terhadap bekalan makanan, inflasi. Sekarang ini, bahan asas untuk makanan seperti bawang, gula, beras pun diimport. Sementara pertanian yang ada dikurangkan dan bertukar menjadi bangunan. Cuba amati iklim dan keadaan dunia yang tak menentu dan pertambahan jumlah penduduk yang semakin ramai. Tak mustahil satu hari nanti kita akan mengalami krisis bekalan makanan yang teruk akibat persaingan. Bila berlaku perkara begini, harga mesti naik dan inflasi. Sepatutnya kerajaan kena fikir nasib negara dan rakyat. Ingat makanan ialah nadi kita. Kalau semua tempat nak disumbat dengan bangunan, perut kita boleh ke disumbat dengan batu-bata?

Ada harapan tak negara ini jadi negara pertanian?

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul...
Supaya kita lebih mengenali junjungan mulia ini
dan memahami peranannya kepada kita, umat manusia

Pi kerja kilang lagi baik la!

Fakta dalam myBalik Pulau disiasat

2011/02/16

BUTTERWORTH: Polis akan menyiasat semua laporan yang dibuat berhubung penerbitan risalah myBalik Pulau terbitan Arts Education (Arts-Ed) yang didakwa mengandungi fakta diragui serta menghina orang Melayu. 

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihaknya masih melakukan siasatan untuk meneliti risalah berkenaan yang didakwa turut mengandungi unsur menghasut.



“Kita belum menentukan siasatan itu dilakukan mengikut seksyen mana kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan dan tidak mahu membuat sebarang kenyataan atau keputusan lagi bagi mengelak berlakunya perpecahan dalam masyarakat,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Gotong-Royong Sempena Maulidur Rasul anjuran Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (PENCINTA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bagan Belat, Teluk Ayer Tawar di sini, semalam. 


Kelmarin, empat laporan polis dibuat Persatuan Warisan Pulau Pinang (PWPP), Kelab Cabaran Pulau Pinang (KCPP) dan dua penduduk tempatan, Zainuddin Bakar dan Yuhezni Yusoff, berhubung isu berkenaan. 


Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Balik Pulau, bagi membolehkan polis menyiasat kandungan risalah yang mempunyai unsur hasutan dan penerbitannya sangat mengelirukan.


Bagus, kalau ada fakta sejarah yang tidak betul kita perlu perbetulkan.Tapi pelik,ada banyak perkara lagi yang perlu diberi perhatian, depa tak nak pula bising.Tak habis-habis dengan Melayu3x. Tapi yang terpinggir dah 50 tahun pun Melayu juga, bawah pemerintahan Parti cap Dacing juga yang banyak jasa kepada rakyat. Lalala.


Sebenarnya banyak perkara yang aku rasa sakit mata, hati, jiwa dan segala bagai.


Kalau duduk depan rumah aku, sakit mata, tengok bukit kena tarah, jual pasir. Dah lama, kalau tak silap sejak aku darjah 6 kot. Lama tu.


Bila balik kampung, aku ronda kat Balik Pulau, kampung-kampung kena himpit dengan perumahan mewah walupun tanah sekangkang kera, nak juga buat banglo.


Sekolah Cina Thar Tong pun aku tengok dah naik papan tanda rumah banglo. Isk, tak kan nak buat rumah kat tapak sekolah kot.


Boleh dikatakan kampung tradisional Melayu dah hampir pupus. Naik macam-macam projek. Sedangkan di kawasan Pulau, hanya Balik Pulau yang ada kampung tradisional. 


Kalau setakat nak bersuara nak tunjuk ada suara tak payah la, tak ada kesan pun kat kami. Baik hang jaga kawasan hang elok-elok, tolong orang yang nak berniaga, bagi bantuan pada orang yang buat IKS, baiki rumah yang uzur, periksa tengok ada tak budak yang tercicir sekolah,buat la program yang boleh majukan minda anak-anak kampung, yang boleh kembangkan bakat dan potensi depa. Kalau remaja buat hal, salahkan orang muda. Hang pa yang memerintah, buat apa?  


Kalau tak dak ilmu,tak ikhlas pegang jawatan tak payah sibuk nak pegang kuasa, kerja kilang lagi baik. Ada juga orang hormat.

14.2.11

Pak Cik Reformis

Benarkah yang berijazah itu lebih bijak, yang hanya bekerja sebagai operator kilang, kerani, pemandu dan sebagainya dianggap rendah pemikirannya.

Sewaktu menyewa di Pantai Dalam, kebanyakkan barang keperluan aku beli di stokis HPA daripada beli di Kafor yang kononnya dilihat lebih maju oleh sesetengah orang. Majulah sangat, Majumia ada la. 

Taukeh HPA ini ialah Pak Cik Rusli. Selain aku pergi beli barang, aku selalu kena 'basuh otak' oleh pak cik ni. Banyak perkara yang aku belajar daripada dia. Pasal politik utamanya sebab dia salah seorang reformis semasa gelombang 1998. Tentang agama, halal, haram. Kalau bersembang dengan dia macam masuk kuliah. Tapi ini kuliah cool, sempoi. Tak perlu berteori segala bagai. Dia hanya bercerita pengalaman dan pendapatnya dan aku perlu memikir, mencerna supaya tidak dungu. Menilai baik buruk.

Sangat ironi, kawan-kawan aku budak u dalam pelbagai bidang. Sayangnya, aku tak dapat berbual seperti apa yang aku bualkan dengan Pak Cik Rusli. Pemikirannya tajam, memiliki kesedaran sosial yang tinggi, jauh beza pemikirannya daripada pensyarah psikologi yang aku pernah temuramah. Mungkin lebih baik daripada seorang Naib Canselor.

Kebiasaanya Pak Cik Rusli akan tegur siapa-siapa saja yang lalu depan kedai dia terutama sekali budak u...Dia akan brainwash budak-budak yang beli top up sebelah kedai dia pasal barang halal, yahudi, pilihanraya. Depan kedai pula dia lekatkan artikel Tukar Tiub, rencana pasal rasuah dan apa saja yang mencerahkan minda Melayu utamanya. Boleh dikatakan kedai dia macam mini pustaka. Waktu aku dalam proses menyiapkan projek akhir, ada la budak rumah aku yang ambil suratkhabar Keadilan (bahan kajian) buat lapik potong bawang. Syukur Pak Cik Rusli ni simpan suratkhabar. Boleh aku kumpul balik data tu.
"Pak Cik simpan ni untuk korang juga nanti buat assignment ke senang"

Kadang-kadang agak segan dengan dia, walaupun dia hanya sekolah menengah saja, tapi tahap pemikirannya lebih baik daripada aku. Terima Kasih Pak Cik!

Jalan Malaysia

Suasana rumah agak sunyi sejak Lang dan Pak Lang meninggal. Baru seminggu lepas. Jadi semalam untuk hilangkan kebosanan, aku dan sepupu keluar ke Uptown Kota Damansara. Lepas minum cuci-cuci mata kami balik. Yang aku geram, masa nak pergi aku terlanggar lopak air, waktu hujan renyai. Mendidih la darah aku. Aku mengomel sepanjang jalan pasal kualiti jalan raya kat 1 Malaysia ni. Masa balik stereng aku dah tak betul. Geram betul. Tadi masa nak pergi keja sempat aku jeling tengok lubang tu, agak dalam dan panjang. Haiz. Kita kena bersyukur kepada kerajaan sebab ada jalan raya, dulu zaman Jepun mana ada jalan raya. Sejak BN memerintah kita ada jalan raya yang berlopak, bertampal tak rata, garisan pudar, lampu jalan rosak tak dibaiki boleh eksiden. Hidup matikan BN. Hahaha.

11.2.11

"Dirikanlah solat dan bersyukur"



Maka dirikanlah olehmu akan sembahyang sesungguhnya sembahyang itu difardhukan ke atas orang mukmin pada waktu yang ditetapkan. (Surah An-Nisa' : 103)

Pernahkah kita terfikir siapakah orang mukmin yang dimaksudkan? Apakah beza orang mukmin dan orang Islam? Adakah orang mukmin itu orang yang berjubah, berserban dan ahli masjid? Kenapa wajib ke atas orang mukmin?

Pernahkah kita bertanya untuk apa kita solat?

  • Adakah kerana takut kepada hukuman Allah ibarat hamba abdi yang takut kepada tuannya?
  • Ingin merebut ganjaran pahala sepertimana kita merebut mata ganjaran Hotlink
  • Atau kerana kasih sayang dan cinta kepada Allah dan rasa syukur dengan segala yang kita nikmati setiap saat dalam hidup. Udara, makanan, hiburan, gembira, kasih sayang,cinta dan sebagainya.
    Yang manakah kita?

10.2.11

Takdir (Opick dan Melly Goeslow)


Dihempas gelombang
Dilemparkan angin
Terkisah ku bersedih  ku bahagia
Di indah dunia
Yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana-Nya
Semua berjalan dalam kehendak-Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya
Reff:
Dan tertakdir menjalani
segala kehendak-Mu ya Rabbi
Kuberserah kuberpasrah
Hanya pada-Mu ya Rabbi
Dan tertakdir menjalani
segala kehendak-Mu ya Rabbi
Kuberserah kuberpasrah
Hanya pada-Mu ya Rabbi
Bila mungkin ada luka Coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa Coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti
Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan Dia
Karena hanya dengan-Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga


Lagu ini mungkin tak ramai yang tahu, tapi lagu yang aku dapat daripada kawan ini memang menyentuh hati saat pertama kali aku mendengar. Ia juga menyenangkan saat bersedih.

Boleh cari lagu ini kat Youtube.

8.2.11

Pusat pengumpulan minda orang melayu

Lepas habis kerja di kat Pasar Seni, anak bos aku ajak pergi tengok konsert di Dataran Merdeka. Aku sebenarnya tak minat nak tengok konsert-konsert. Buat sakit mata je. Tapi aku layan juga, boleh tengok suasana dan gelagat manusia-manusia yang dahagakan hiburan. Mak dukung anak masih bayi, bapa heret anak berderet-deret, mak cik pak cik enjoy bila artis menyanyi, mat rempit dengan motor dan aweks2 berpeluk sana sini, minah-minah tudung terkinja-kinja depan pentas, yang budak lelaki pula siap pakai tanduk setan lagi, haiz..yang sedihnya semua Melayu Islam.

Itu baru konsert biasa-biasa, cuba tengok AF, boleh sakit aku tengok mak cik-mak cik bersorak sakan. Sama naik je dengan anak dia. Kalau nak beli tiket sanggup beratur dari pagi sampai ke petang. Punyalah gila nak tengok konsert. Sibuk nak beratur beli tiket, waktu solat ntah ke mana. Ini baru AF, konsert lain yang tak terkira sampai takut aku bila dengar konsert. Satu konsert dah melalaikan 10 ribu orang Melayu Islam, kalau dah banyak...fikir sendiri lah.

Patutlah orang Melayu selalu ketinggalan, selalu dok belakang. Anak kecil-kecil lagi dah ajar untuk jadi artis, minat hiburan. Tak ada nak didik untuk minat benda-benda ilmu. Contohnya anak kawan aku, umur baru 6 tahun, hari-hari suruh mak dia pasang cerita Rempit, mak dia pun ikut je. Aku yang dah dewasa pun geli nak tengok cerita tu, budak kecil suka pulak layan. Nak salah siapa? Memang mak dia tak kisah. Kita nak tegur nanti kata menyibuk pula kan?

Selalunya yang suka melayan benda-benda macam ini kononnya orang-orang kelas bawah, berpendidikan rendah, tapi berdasarkan pengalaman aku, orang yang berpendidikan tinggi pun ramai perangai macam ini. Dulu masa zaman sekolah, ada lah sorang kawan aku ni bawa majalah Mangga, cikgu siap tanya “majalah baru ke? Pinjam jap” Hish!!!! pening sku tengok perangai cikgu macam ini. Sepatutnya dia tegur, jangan baca benda macam ni. Sudahlah gambar semua tahap 18sx, cerita pun cerita bodoh, tak mengembangkan minda langsung (dulu aku pun beli masa di tingkatan 1, tapi kena marah dengan mak, kakak, dan abang, terus aku tinggal). Kalau cikgu pun minda tahap kelas ….(malas nak cakap) apa lagi anak murid yang masih mentah. Tak hairan la ramai remaja sekarang yang rosak.

Masa aku di tingkatan 6, pengetua sekolah aku pencen. Jadi ada la majlis sikit. Yang aku malunya boleh pula  pembantu am rendah buat persembahan menyanyi lepas tu budak-budak ini pun terkinja-kinja, kalau orang tu  menyanyi note tinggi, bukan main lagi tepuk. Malu, malu, malu. Tingkatan 6 dah la banyak budak Cina. Nampak sangat kelemahan orang Melayu yang dungu. Aku tak kisah kalau nak buat persembahan menyanyi ke belakon ke, tapi biarlah lebih bersopan dan memperlhatkan kematangan dan intelektual, maklumlah dah nak pencen, mestilah banyak jasa dan ilmu. Kan?

Inilah orang Melayu, asyik fikir benda remeh, pasal Fasha Sandha dengan Jejai la, pasal Rozita Che Wan dengan Datuk la, sampai sanggup bertikam lidah mempertahankan artis poooojaan hati. Kalau bertikam lidah debat isu semasa ada baiknya juga. Akibat lalai dan leka habis tanah kena jual lepas tu duduk rumah sempit, harga barang naik tak kisah, hari-hari makan telur goreng pun tak pa, janji HIDUP UMNO, hidup aman dan tenang, tak payah susah hati, hiburan dah jadi ubat penenang.

7.2.11

YB, PBT, Zakat, JKM buat apa?

Program tv yang paling aku suka Edisi Siasat dan Talian Hayat, Expose Kemanusiaan (dah tak ada rancangan ni)
Macam-macam ada
Macam-macam masalah
Masa tu terburailah masalah kaum marhaen
Hidup daif tak dapat bantuan
Rumah kena sodok dengan jentolak
Minta bantuan tak dapat-dapat
Sudah terburai masalah maka terburailah perangai pemerintah
PBT, JKKK, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat
Semua tak boleh tolong dan tak boleh harap
Masalah yang dah 10 tahun tak boleh selesai
Sekali datang Wan Kamarudin satu jam saja selesai
Apa yang orang-orang berkuasa ini buat?
Depan tv tergagap-gagap bagitau
"Memang nak tolong, tapi tak da pertuntukan"
"JKM akan siasat dulu sama ada mereka layak atau tidak terima bantuan"
(Kalau rumah dah nak roboh, ketua keluarga sakit, nak siasat apa lagi, pergilah siasat rasuah berjuta-juta, FLOM shoping guna duit rakyat)
Masalah akan selesai kalau Wan Kamarudin (media) datang buat liputan
Kalau tak datang sampai kiamatlah masalah tak selesai
Isk isk isk...
Silap dulu waktu buat kertas projek aku tak buat tajuk "Peranan Media dalam Menyelesaikan Masalah Rakyat"

Sepanjang jalan akhir

Menuju ke stesen terakhir
Berjalan di jalan yang bersuluh
Namun kadang-kala gerhana memintas
Menenggelamkan penglihatan batin
Lalu tergelincir dan bangun meneruskan perjalanan
Tergelincir lagi dan bertanya
"Mengapa aku di sini dan mengapa begini?"
Jawapan tidak akan terbang dan hinggap di akal
Tanpa menyelami lautan persoalan

Aku ingin sentiasa di jalan yang terang
Jika aku memungkiri, jangalah biarkan aku terus dimurkai
Suluhlah jalan ini dengan kasihMU
Agar aku bisa berjalan dengan tenang
Kerana inilah stesen terakhir
Sebelum aku kembali ke asalku

Anak-anak kita

Lirik lagu ini amat sesuai untuk direnungkan dengan  suasana sosial kita yang semakin gerhana


Anak Anak Kita
M.Nasir 

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Dah berjanggut tunggu harga turun

 Harga makanan seluruh dunia naik


2011/02/07

Permintaan tinggi punca peningkatan, bukan spekulasi 

DARIPADA burger McDonald di Amerika Syarikat (AS) sehinggalah gula di Bolivia dan cili di Indonesia, harga makanan menyaksikan peningkatan di seluruh dunia.

Malah, pakar memberi amaran bahawa pengguna dan kerajaan seluruh dunia perlu bersedia berdepan kenaikan harga lebih tinggi kerana permintaan kukuh dari negara yang sedang berkembang pesat dan mempunyai penduduk yang ramai akan terus memberikan tekanan kepada bekalan.
Gabungan faktor cuaca buruk, pertumbuhan kukuh di negara berkembang pesat serta kadar faedah yang rendah telah menyebabkan harga komoditi ladang dan bukan ladang, meningkat pada kadar sehingga dua angka. 

Walaupun kenaikannya hampir sama dengan apa yang berlaku pada 2007 dan 2008, namun penganalisis berkata, arah aliran kenaikan kali ini kurang terdapatnya unsur spekulasi, justeru ia dijangkakan tidak akan berakhir dengan kejatuhan harga besar-besaran seperti yang berlaku dua tahun lalu. 

“Keadaan adalah berbeza pada 2008. Kenaikan harga ketika itu hanya berlaku pada beberapa jenis makanan,” kata pakar pertanian Bank Dunia, Chris Delgado. 

“Apa yang berlaku sekarang adalah lebih meluas dan hampir seluruh dunia. Ia juga menyebabkan berlakunya keresahan politik,” tambahnya. 
Di Indonesia yang mana harga cili turut melambung, kerajaannya telah membekukan duti import bagi barangan makanan utama selepas inflasi di negara itu meningkat pada kadar tujuh peratus bulan lalu. 

Di Bolivia, gula dicatu bekalannya walaupun harganya meningkat 64 peratus. 

Di AS pula, kenaikan tinggi harga daging menyebabkan restoran, dari yang mewah sehinggalah McDonald terpaksa menaikkan harga hidangan masing-masing walaupun pendapatan rakyatnya tidak meningkat. 

Khamis minggu lalu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FOA) PBB berkata, harga makanan mencapai paras tertinggi sejak mula mengukurnya pada 1990 dan keadaan itu boleh mencetuskan masalah politik. 

“Persoalannya, bukan lagi sama ada ada risiko atau tidak, tetapi di sesetengah tempat sudah pun berlaku rusuhan kerana kenaikan harga ini,” kata Ketua Eksekutif FOA chief Jacques Diouf. 

Ketua Ahli Ekonomi Standard Chartered Bank Gerard Lyons pula berkata, beliau menjangkakan harga komoditi akan terus menyaksikan peningkatan. 

“Malah apa yang menariknya, harga beberapa komoditi yang sebelum ini kurang diniagakan turut meningkat. Ini menggambarkan yang kenaikan kali ini berlaku disebabkan faktor asas dan bukannya spekulasi,” katanya. 

Kenaikan harga komoditi pada 2008 hanya membabitkan beberapa bijirin serta minyak, dan sebahagian besarnya disebabkan keputusan politik yang mencetuskan kegiatan spekulasi. 

Bagaimanapun kenaikan ketika ini disebabkan faktor asas. Ia disebabkan peningkatan permintaan di negara berkembang pesat seperti China, India, Russia serta Brazil. 

Peningkatan dalam permintaan itu dijangkakan tidak akan berkurangan sehingga harga meningkat lebih tinggi lagi, kata penganalisis. 

Delgado berkata, masalah dalam bekalan telah memburukkan lagi kenaikan harga. 
Katanya, masalah cuaca dan dasar kerajaan menyebabkan kurangnya bekalan bijirin dari Russia, Argentina dan Australia. 

Bagaimanapun, punca utama arah aliran itu adalah faktor asas, iaitu peningkatan begitu tinggi dalam permintaan, kata ahli ekonomi. 

“Lebih ramai penduduk dunia kini mempunyai pendapatan yang tinggi, justeru permintaan bagi makanan bernilai tinggi semakin meningkat,” kata Ketua Ahli Ekonomi di IHS Global Insight, Nariman Behravesh. 

Lyons pula berkata, tidak akan berlaku peningkatan bekalan yang ketara dalam tempoh terdekat ini, kerana peladang perlu mengambil masa yang lama untuk menambah keluasan tanaman dan pengeluaran. 

“Ia mengambil masa lama, dua hingga tiga tahun untuk menyaksikan bekalan baru memasuki pasaran, justeru saya menjangkakan harga komoditi akan terus meningkat,” katanya. 

Minggu lalu, Pakar Komoditi di Morgan Stanley, Hussein Allidina berkata, harga makanan utama seperti jagung, kacang soya dan gandum masih berdepan tekanan kenaikan harga, dengan harga jagung mungkin meningkat 20 peratus sebelum permintaannya berkurangan. – AFP 

Najib dah mula takut

Usah kaitkan suasana negara lain
Oleh Misiah Taib dan Kandau Sidi
bhnews@bharian.com.my
2011/02/07

  
  • Foto
    NAJIB dan Rosmah menggaul yee sang pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 di Miri, malam tadi.
  • Foto
    TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abd Rahman bersama pemimpin BN Pulau Pinang menggaul yee sang sempena Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, semalam.
Perdana Menteri ingatkan pihak tertentu jangan cuba timbul huru-hara

MIRI: Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada pihak tertentu di negara ini supaya tidak cuba mengaitkan keadaan huru-hara yang berlaku di negara lain, sebagai sesuatu yang patut dilakukan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, ini kerana masyarakat pelbagai kaum di negara ini adalah satu keluarga besar yang cintakan keamanan dan berpaut kepada gagasan 1Malaysia.
“Mengapa rakyat pilih kita dalam keadaan berlaku tunjuk perasaan serta usaha mengguling kerajaan di negara lain?. Alhamdulillah dalam pilihan raya kecil (Tenang) baru-baru ini, majoriti Barisan Nasional (BN) terus bertambah.

“Apakah maksudnya ini? Ia bermaksud jangan ada percubaan oleh mana-mana pihak nak kaitkan apa yang berlaku di negara lain itu sebagai seolah-olah sesuatu yang patut dilakukan di bumi bertuah ini.

“Kita menolak sebarang usaha seolah-olah kita perlu lakukan perkara itu di Malaysia atau di Sarawak. Sebenarnya kita tak perlu membuat perkara seperti itu sebab kita berpegang kepada semangat satu keluarga, yang kita pupuk selama ini, ” katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 di Dataran Kipas di sini, malam tadi.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah, menjadi tetamu kehormat pada majlis berkenaan. 
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Najib berkata, sambutan perayaan Rumah Terbuka Malaysia seperti itu adalah bukti kebersamaan semua kaum di negara ini dalam menyambut perayaan mana-mana kaum.

Sehubungan itu, katanya, kepelbagaian kaum di negara ini harus dilihat sebagai satu kekuatan dan aset yang tidak terdapat di negara lain, dengan perayaan seperti itu disambut oleh semua kaum, apa lagi ia dianjurkan di Miri yang didiami 27 suku etnik.

“Saya pernah sebut, walaupun gagasan 1Malaysia belum menjadi falsafah dan gagasan peringkat nasional, sebenarnya Miri khususnya dan Sarawak pada keseluruhannya, sudah mencermin konsep 1Malaysia selama ini, ” katanya.

Beliau berkata, apa yang rakyat Malaysia kecapi pada hari ini adalah sesuatu yang besar nilainya, yang harus dipertahankan menerusi usaha kebersamaan dalam satu keluarga, 1Malaysia.

Sementara itu, sebelum ke Dataran Kipas, Perdana Menteri dan isteri sempat mengadakan tinjauan di Seaworld Seafood Restoran, kedai kasut Bata dan Restoran Muara, yang ketiga-tiganya terletak di Jalan Yu Seng Utara di sini. 


Kenapa takut ke? Takut kena guling macam di Tunisia, Mesir?
Kami tak sabar nak ikut Tunisia
FLOM memang menyusahkan rakyat
Dia bukan main shoping sakan, kita kena ikat perut


Lagi satu, apahal pula minyak naik lagi?
Rakyat didahulukan, didahulukan untuk susah
Naik bas,bas datang lambat, suka hati dia je nak datang pukul berapa
Berhimpit-himpit macam sardin
Siap ada yan terkapit dekat pintu bas
Bila pakai kereta, minyak pula naik
Lepas tu barang naik
Sebab tu la ramai orang Malaysia sakit mental
Bila kos sara hidup tinggi
Beranak pinak la jenayah,
Mencuri, menipu, merompak segala bagai
Yang kena rakyat juga
Yang atas tetap senang
Cis!