10.1.11

Aku orang kolar biru


Pada asalnnya, aku tidak berminat untuk menuntut di mana-mana universiti sebab ada AUKU. Aku rasa kalau masuk tapi tak boleh memandaikan pemikiran, lebih baik tak payah. Aku pernah terfikir untuk terus bekerja dan aktif dalam Kesatuan Sekerja.

Sementara menunggu keputusan STPM, aku bekerja di kilang sebagai operator. Keadaan sangat perit. Dengan mudahnya majikan menekan kaum pekerja. Aku sepatutnya bekerja 8 jam 5 hari tapi terpaksa bekerja 12 jam 7 hari. Bayangkan, kerja 12 jam berdiri dan setap hari. Sedangkan gaji tak seberapa. Aku pernah terlelap waktu welding bateri, nasib baik tak welding tangan. Kalau shif pagi, aku bagun jam 4.00 pagi dan bas datang pukul 4.45 pagi. masuk kerja pukul 6.30 pagi dan pulang jam 2.30. Tapi, aku selalu dipaksa untuk kerja lebih masa, maka aku sampai rumah hampir jam 8.00 malam. Dan esok bangun jam 4.00.

Kalau shif malam, aku selalu menangis, malasnya nak pergi kerja, penat. Bila overtime, aku masuk kerja jam 6.30 petang, pukul 7.30 esok baru sampai rumah. Tak ada cuti pula. Lagi seminggu kontrak aku tamat, aku bagi surat berhenti. Aku kerja situ lebih kurang 2 bulan.

Aku menganggur sebulan setengah. Dalam masa yang sama, aku selalu hubungi ASWARA tanya bila borang keluar. Dulu, memang impian aku nak belajar di situ. Akhirnya, aku dapat lagi kerja kilang. Tapi bahagian stor. Aku potong komponen elektrik. Aku suka kerja tu. Agak ekslusif sebab tak duduk dalam production line dan 3 orang staf je kat situ dan kami macam keluarga. Yang paling seronok, supervisor aku, Kak Ramani baik gila. Walaupun bukan sebangsa, dia India tapi sangat baik dan sporting.

Masa temuduga kerja, untuk elakan kena reject, aku bagi maklumat palsu. Aku tak tunjuk keputusan STPM, tapi beritahu yang aku baru habis Giat Mara. Tapi tembelang pecah, bila Kak Ramani syak yang aku pernah belajar. Mungkin muka aku muka educated. :-p. 


Dia orang yang paling kuat dorong aku untuk sambung belajar. Masa dapat tawaran, aku macam acuh tak acuh je sebab nak tunggu ASWARA. Tapi kerana pujukan dia jugalah aku di sini.

Sebelum aku berhenti kerja, aku sempat usahakan sesuatu untuk kawan-kawan aku. Memandangkan aku dah merasa seksanya bekerja kilang, dan kebetulan ramai yang suka mengadu kat aku masalah mereka, jadi aku rasa aku patut tolong setakat yang mampu.

Dalam borang berhenti kerja ada ruangan komen. Dalam komen aku, sempat aku cadangkan adakan Kesatuan Sekerja untuk pertahankan hak buruh. Yang peliknya, manager aku tak berani nak marah aku walaupun aku pergi jumpa dia. Sebaliknya, suruh Kak Ramani masuk dan tanya kenapa aku tulis macam ni?Hehehe. Bukan aku kuat atau hebat, tapi mungkin tidak pernah ada yang mengadu atau bersuara, mereka terlena. Bila sekali kena cuit, rasalah tamparannya.

Pengalaman aku walaupun sekejap, tapi banyak mengajar dan mendidik. Itulah guru terbaik yang ajar tentang kehidupan. Harapnya segala perjuangan kelas pekerja akan didengari dan mungkin akan jadi senjata menghumbankan pemerintah yang alpa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan