11.1.11

Ini hobi aku.



Hobi aku di sekolah dulu ialah tidur dalam kelas. Hobi itu sangat aktif sewaktu aku di tingkatan enam dan berlarutan hingga ke universiti.

Memandangkan cikgu jarang berada dalam kelas, maka kami cenderung untuk melakukan hal sendiri. Aku lebih suka belajar sendiri dan bila penat aku tidur. Aku memang lone ranger sejak tingkatan 6 hingga universiti. Kadang-kadang 7.30 pagi lepas sarapan aku tidur sampai cikgu masuk, dalam pukul 8.00. Kalau cikgu tak masuk langsung, aku suka pergi perpustakaan, baca buku yang aku suka, ensiklopedia seni. Bukan apa, otak aku dah penat belajar malam dan siang aku nak lari dari buku sekolah.

Paling kritikal ialah waktu sejarah. Aku cuba duduk depan kononnya untuk fokus, jangan harap la, berair mata aku. Waktu yang aku aktif pun waktu Bahasa Melayu Kertas 2, Ekonomi dan MUET sebab banyak bincang dan berfikir. Tapi dalam tidur pun, keputusan boleh tahan. Result aku antara yang baik.

Sama juga di unversiti. Bukan semua subjek aku buat macam tu. Bergantung juga dengan pensyarah. Kalau asyik bincang perkara yang sama 14 minggu, jawabnya aku terpaksalah pergi surau kunci jam lima minit untuk tidur, kemudian masuk balik dengan selamba.  Kalau tak tidur pun, aku melukis muka pensyarah pada nota. Idea segar waktu tu.

Tapi dalam tidur-tidur pun, pelik juga. Aku boleh jawab soalan pensyarah. Ada sekali tu, kelas skrip drama, pensyarah tanya siapa watak utama dalam filem penarik beca? Aku bangun dan jawab "Amran". Lepas tu aku tidur balik.

Aku bukan malas, tapi aku tak boleh belajar dalam keadaan yang bosan tambah waktu tengah hari. Asyik mendengar, tapi kalau mendengar sambil berfikir ok juga. Tapi kalau dengar dan keluar balik, macam tu la jadinya. Tapi sekarang aku dah kerja, tak ada sebab aku nak buat macam tu lagi. Hehehe. Sekarang aku dah melalui fasa hidup baru, aku buang segala tabiat tu. Kerja secara profesional ok. ^_^.

Nota: Bila agaknya masalah guru tidak masuk kelas dan waktu kuliah yang membosankan akan berakhir. Guru asyik dengan kerja pentadbiran dan profesor pula macam tak ada idea baru untuk kuliah. Asyik ulang dan ulang benda yang sama. Bosan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan