13.1.11

"Derma kak"


Sebaik keluar dari bank selepas mengeluarkan duit di Jalan Masjid India, seorang wanita pertengahan umur menghampiri aku.

“Minta derma dik, untuk pesakit HIV”

Wanita ini mengatakan dia Cina Muslim dan menjadi sukarelawan untuk sebuah badan kebajikan sambil menunjukkan gambar penghuni. Dia sangat ramah dan ucapkan “good luck” lagi.

Masa nak keluarkan duit, “Dik boleh bagi RM10, nak beli ubat mahal”

Masa tu aku masih belajar dan kemampuan terhad, jadi aku hanya beri setakat yang mampu.

Bila aku keluarkan duit yang jumlahnya jauh lebih rendah daripada yang diminta, matanya menjeling dan terus rabut (betul ke perkataan ni,bahasa utara @ mengambil dengan kasar) duit dan flyers yang aku pegang dan berlalu.

Aku tak kisah mereka nak minta derma, tapi tolonglah minta dengan berhemah. Bukan orang tak nak tolong dan yang paling penting keikhlasan.

*******************************************************************

Kalau lalu depan bank, pasar malam mesti ada yang minta derma untuk madrasah, rumah anak yatim dan sediakan satu peti derma. Kerjanya sama juga macam berniaga, duduk di situ mundar-mandir jaga peti.

Alangkah baiknya kalau mereka berniaga untuk dapatkan duit daripada meminta-minta. Yang minta tu bukannya tua, semua muda belia lagi. Ada sekali tu, aku nyaris nak bagitau mamat jaga peti “Daripada duduk tercongok jaga peti, lebih baik awak berniaga, sama juga tetap kena tunggu ”
Tapi aku tak sampai hati pula nak cakap macam tu.

Masa di kampung, aku dengar bapa aku cerita,
Ada seorang orang kaya, kalau orang datang minta sedekah, dia maki hamun dan halau. Sekejap je Allah terbalikkan dia pula jadi peminta sedekah.
Lepas tu, segera aku insaf “Nasib baik tak sound orang minta derma” Astaga.

Aku tak kisah orang nak minta derma, cuma tengok keadaan. Kalau nak minta derma dan nak demand2, lantaklah tapi jangan marah kalau orang tak boleh bagi banyak tu.

Kalau sihat walafiat, kerja la. Macam-macam cara boleh jana duit asalkan rajin.

Maaf, tiada niat mengutuk, sekadar luahan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan