30.1.11

Mereka juga sama seperti kita

Kosmo 27 /10/10

Harimau pupus 12 tahun lagi?



SELEPAS tiga sub spesies harimau iaitu Bali, Jawa dan Caspian telah pupus, kini hanya terdapat sekitar 3,200 ekor harimau daripada enam sub spesies lain.



SUKAR membayangkan spesies haiwan yang dipanggil Pak Belang dek kerangka badannya yang tegap dan berbelang akan pupus daripada muka bumi ini.
Walaupun pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan semua pihak apabila Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjangkakan hidupan liar tersebut akan pupus dalam masa 12 tahun lagi jika tiada inisiatif pemuliharaan dilakukan dengan segera.
"Senario buruk adalah harimau boleh menjadi pupus apabila tahun harimau mengikut kalendar Lunar tiba dalam masa 12 tahun lagi," kata Ketua Program Pemuliharaan Alam Antarabangsa, Ola Jennersten pada WWF Sweden.
Organisasi berkenaan sedang giat melakukan kempen global pemuliharaan harimau dalam usaha melipat ganda jumlah haiwan berkenaan sebelum tahun 2022.


MAMPUKAH kita mewariskan haiwan ini kepada anak cucu kita pada masa depan?



Sejak 70 tahun lalu, tiga sub spesies harimau iaitu Bali, Jawa dan Caspian sudah pun pupus, manakala enam lagi sub spesies yang masih kekal sehingga hari ini adalah Amur, Benggala, Indochina, Malaya, China Selatan dan Sumatra.
Bagaimanapun, keenam-enam sub spesies tersebut berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah tiga spesies yang sudah pupus sebelum ini jika sesuatu tidak dilakukan dalam pemuliharaan terhadap hidupan liar itu.
Sejak seabad lalu, WWF berkata, pemburuan haram, pengecutan habitat dan perdagangan bahagian harimau yang digunakan untuk ubatan tradisional memberi kesan mendalam terhadap hidupan liar itu.
Mengikut perangkaan, jumlah harimau seluruh dunia menurun sebanyak 97 peratus dan terdapat kira-kira 3,200 hidupan liar berkenaan pada hari ini.


PERDAGANGAN organ harimau antara faktor kepupusan haiwan itu.



"Walaupun angka-angka tersebut dilihat agak suram, keadaan sekarang adalah lebih baik berbanding sebelum ini. Ia penuh dengan harapan untuk menyelamatkan harimau-harimau ini," kata Jennersten.
Jennersten memuji satu inisiatif politik 13 negeri harimau (tiger states) dan badan-badan lain yang akan mengadakan persidangan di Rusia pada 21 hingga 24 November ini sebagai langkah menghentikan kemungkinan kepupusan spesies harimau itu.
"Ini akan tercapai melalui penambahan penglibatan politik, tumpuan pada landskap harimau yang mempunyai peluang besar dalam pengekalan jangka panjang harimau dan peningkatan kawalan perdagangan organ harimau," katanya.
Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin yang merupakan seorang pencinta alam semula jadi dan pernah mencium hidupan liar seperti harimau di hadapan umum dijangka menghadiri persidangan yang akan diadakan di Saint Petersburg, Rusia itu nanti.

WWF berjaya merakamkan kelibat seekor harimau Sumatra di Bukit Batabuh, Indonesia Mei lalu.


Menurut WWF, sebanyak 1,800 harimau kini boleh dilihat di India, Nepal, Bhutan dan Bangladesh. Di Sumatera, Indonesia pula terdapat 450 ekor manakala 400 berada di Malaysia.
Sebanyak 350 ekor lagi harimau itu berada di sekitar Asia Tenggara dan 450 hidup berada di Rusia. - AFP
Nota: Sedarlah, mereka semakin pupus. Hormatilah hak mereka sebagai penghuni di bumi ini. Cukup-cukuplah merembat rakus tanah dan habitat mereka untuk 'pembangunan'. Tiada ertinya pembangunan yang dicanangkan jika ada yang menderita.Untuk kerajaan; kami tidak mengejar bangunan yang tinggi, cukuplah dengan kesejahteraan hidup, manusia dapat hidup dengan selesa, begitu juga haiwan. Kita semua saling berkongsi. Gunalah kuasa anda untuk menjaga kami,bukan mendera dan menindas.

28.1.11

"haha..skema la mu ni"


Masa aku belajar dulu, aku digelar skema oleh beberapa orang kawan yang maju dan intelektual. Sebab?

  • Aku buang sampah dalam tong sampah, aku tak suka orang yang buang sampah tepi jalan . Nampak la kebodohan menggunakan kemudahan. Biasanya orang yang bagi gelaran skema bila aku buat perkara ini ialah pelajar jurusan alam sekitar. Agaknya apa yang depa belajar pasal alam sekitar?
  • Bila melintas jalan, gunalah 'zeebra cross'. Itu pun dituduh skema. Hahaha. Aku pun cakaplah “kalau hang kena langgar, sekupang pun tak laku, memang hang salah melintas tempat kereta lalu, tak guna jejantas pun kena saman beratus, sama juga dengan ni, PANDAI”
  • Dulu aku ikut kursus yang dianjurkan universiti masa cuti semester. Kursus itu untuk tingkatkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Inggeris. Aku ikut kursus itu dengan komited sebab percuma dan aku tak perlu nak keluarkan duit masuk kelas di British Council. Teacher pun baik dan kursus itu menarik. Habis kelas, ada game sebelah malam. Yang kendalikan game ialah teacher-teacher yang mengajar sebelah siang. Best. Aku tak suka ponteng, sebab hormat ilmu dan hargai orang yang mengajar walupun dah penat sehari suntuk mengajar sebelah siang. Ini pun dituduh skema. Hahahaha.
    Teruskan berfoya-foya untuk kesenangan abadi.

Inilah hasil didikan sistem pendidikan Malaysia. Kita tidak perlu hidup dengan berfikir secara kreatif dan kritis. Universiti hanya pusat atau kilang mengeluar 'pak turut', belajar untuk dapat ijazah, tidak perlu fikir jauh. Janji habis belajar dapat kerja kerajaan, kerja kat kampung, beli Myvi, kahwin dan hidup bahagia selama-lamanya. Benda senang pun malas nak fikir!

P/s: Teguran ini juga untuk aku yang lemah.

27.1.11

Aku yang pelik

Tadi aku ditanya apa kerja paling gila yang aku pernah buat oleh penemuduga (betul ke perkataan ini), aku ada jawapan yang bombastic, tapi malu nak kongsi..hehe

Walau bagaimanapun, ada juga kerja lain yang aku buat, bagi sesetengah orang ia pelik..dan luar kebiasaan.
Aku jenis manusia yang tak suka duduk rumah dan suka ikut hati sendiri.
  • Pernah dulu aku pokai sebab dah hujung semester dan banyak assignment luar. Pada waktu itu aku selalu beli majalah Dewan Masyarakat, disebabkan pokai teramat dan nak beli majalah pun macam nak koyak poket, kalau duduk bilik pun asyik pandang dinding, jadi aku pergi kedai buku dalam kampus dan baca Dewan Masyarakat secara percuma dan dewan lain pun aku baca. Dah habis,aku jalan kaki balik asrama sambil fikir secara kritikal isu yang aku baca tadi.
  • Boleh dikatakan setiap keluaran akhbar alternatif (Suara Keadilan,siasah) aku akan beli. Masa tu tahun 1 dan duduk asrama. Jadi untuk selamat dan elak kena spot check, aku sorok dalam sarung bantal..
  • Menariknya, aku pergi demo PPSMI, jadi wakil calon Pro-M masa pilihanraya kampus..tak ada pula orang kolej syak aku atau attack aku. Alhamdulillah..selamba je aku pergi selamba je aku balik..orang ingat pergi dating kot..Kah kah kah Biasanya kalau orang yan berkelakuan macam aku mesti kena ambil tindakan punya.
P/s: Setiap orang wajib ada ruang kebebasan untuk diri sendiri, aku tak suka hidup aku dibayangi orang lain. Buat apa yang aku rasa patut. Tidak perlu berpura-pura untuk puaskan hati orang lain. Walau bagaimanapun aku manusia lemah, sentiasa perlukan bimbingan dan teguran, aku sentiasa menerimanya. Terima kasih pada yang mengambil berat.

24.1.11

Emelda Kus Kus Malaysia

Hari-hari aku menghitung hari. Dulu aku menghitung hari untuk berjumpa seseorang kawan. Sekarang aku menghitung hari menunggu langsuir negara, atau Emelda Kus Kus Malaysia berhijrah ke alam lain.
Aku rasa sesak, penat melebihi orang lelah bila bangun pagi tengok muka dia, baca surat khabar, dengar radio ada nama dia. Dia ada di merata-rata tapi apa yang dia buat entah!Oh lupa pulak cerita kontroversi rupanya. Dia yang terkenal dengan banyak 'duit rakyat' memang selalu menyesakkan rakyat marhaen. Aku pun mestilah salah seorangnya.

Tadi aku terbaca blog marhean pasal lulusan universiti gaji ciput sejak 1980-an. Memang. Dulu masa aku sekolah rendah, abang aku baru habis belajar. Diploma. Waktu itu aku selalu dengar bila dia pergi temuduga gaji yang dia letak mesti lingkungan seribu ke atas. Mana main ratus-ratus.

Sekarang, aku baru kerja 6 bulan, tahu berapa gaji yang ditawarkan masa temuduga? RM800. Gaji ijazah RM 800. Bukan jawatan jurujual, juruwang. Kerja ini memerlukan aku mengaplikasi ilmu yang aku belajar selama ini. Jawatan ini ialah jawatan kerjaya. Tapi aras gaji sama tahap kerja kilang. Segala usaha dan penat, tenaga dan duit selama 3 tahun hanya ini yang layak aku dapat. Tapi, nasib baik majikan itu ada perasaan, jadi dia tawarkan lebih sikit. Itupun tahap gabanlah. Tambah-tambah pula aku kena keluar sana-sini, berlubang jugalah poket. Aku bersyukur aku ada kerja yang sepadan, kalau nak dibanding dengan orang lain yang masih menganggur. Mungkin setakat ini rezeki aku buat masa ini, Alhamdulillah.

Tapi amat megecewakan. Dalam keadaan kita sedang mengikat perut sebab barang makan semua mahal, tambang bas mahal tapi servis alahai...nak beli minyak masak goreng telur pun tak ada stok, nak beli gula bancuh kopi pun habis..itu saja makanan yang rakyat mampu, itupun susah juga nak hidup. Nak suruh ubah gaya hidup macam mana lagi? sedangkan si badak tu sedapnya duduk hotel satu malam RM100k, cerita ini bukan untuk si Emelda Kus Kus saja, tapi untuk semua menteri yang tak kenyang-kenyang pelahap duit rakyat, dan kepada pengundi-pengundi yang ada hati nak undi Barang Naik. Tak sedar diri lagi dia sendiri pun susah, tapi tak ingat-ingat nak berubah. Isk Isk Isk.
Sekarang aku masih menghitung hari untuk jadi seperti Tunisia...

20.1.11

Inilah kemuncaknya!

Pada siang tadi adalah kemuncak kepada beberapa masalah yang aku hadapi kebelakangan ini. Dengan selambanya aku menangis di tempat kerja. Hehehe. Itu biasa. Aku pernah menangis depan pejabat HEP bila aku penat dengan kerenah melampau dan hambatan waktu untuk menghantar kertas kerja. Air mata akan menenangkan bilamana segala kekusutan dan tekanan berhimpun dan berpesta di kepala. Syukur, waktu itu pejabat agak lenggang cuma Kak Mizzie, sahabat aku yang tahu.Kah kah kah. Aku dipujuk macam budak yang menangis kempunan coklat. Walaupun masalah kereta saban hari memeningkan, tapi bukan tahap ini lagi aku perlu minta bantuan kakak, walaupun beberapa kali didesak Kak Mizzie.
"Watak bintang Aries memang keras hati, faham sangat dah" Kata Kak Mizzie.

Tak sabar rasanya ingin berhijrah ke tempat baru. Mengharapkan peluang yang lebih baik dan tempat yang sesuai aku mengembangkan potensi dan bakat. Melepaskan rindu pada kesibukan dan cabaran sebagai pemberita. Walaupun aku mudah menangis, sebab aku bukan Superman, tapi minat aku jangan disangkal. Cabaran dan kesibukan adalah pelengkap hidup. Wah.

Sekarang pun seronok dan syukur. Alangkah baiknya jika usaha aku untuk mendapat hasil yang baik disokong dan diberi galakan. Hish...entahlah. Aku dah berusaha dan memainkan peranan. Penyakit buta hati pada yang berkuasa memeningkan kepala. Mungkin ini ujian, aku terima. Satu perkara yang membahagiakan, selepas mengeluarkan air mata yang terjun setitis demi setitis, aku bahagia. Inilah kemuncaknya, kekusutan semakin mengundur dan menghilang lalu timbulah warna-warna ceria sepanjang jalan menuju ke rumah.




19.1.11

Sayang Opah..

Ini lukisan terbaru aku untuk layout majalah. hehehe.

18.1.11

Awas! Penyakit gatal tangan sedang merebak

Sekarang tak tahu la kenapa tangan aku gatal-gatal. Siang malam macam tu. Naik merah tangan asyik menggaru. Semalam pergi klinik 1 Malaysia, doktor cakap tangan aku gatal sebab tak sabar nak mengundi nak tumbangkan kerajaan rosmah bin najib. Ini semua sebab ada macam-macam virus , virus rosmah dengan RM$ rakyat, virus minyak naik, paling teruk virus dapat pemimpin BODOH. Hehehe.
Tambah-tambah PRU 13 adalah pertama kali aku mengundi. Itu pun kalau ada la nama aku, takut nanti nama aku tercicir rakyat negara lain pula masuk mengundi. Haha.
P/s: Aku percaya dengan kata-kata Tukar Tiub, “Kalau pilihanraya boleh mengubah apa-apa, sudah lama pilihanraya diharamkan.” Tapi, sebagai rakyat, aku cuba dulu mengundi, kalau tak jalan kita berjalan di jalan raya.

17.1.11

Najib dan Rosmah rasa ke macam ni?

Sabtu lepas aku temankan pensyarah borong barang dapur kat pasar malam . Aku tak tahu barang dapur mahal ke murah sebab dah lama tak beli. Tapi pensyarah aku merungut sekarang semua mahal. Kebanyakkan barang dah naik 2 kali ganda. Mana tak mahal, minyak dan diesel naik. Harga barang pun mahal la. Borong isi ayam separuh, dan rangka pun dah dekat Rm20. Campur ikan, sayur, telur, semua bahan yang asas je, itu pun dah habis Rm100. Bayangkan ikan cuma 6 ekor dah RM10. Itu RM10, ini Rm15, bila beli 4-5 barang tak jadi Rm100? Dah la minyak susah nak dapat, beli santan kena tipu macam  keluar kat berita semalam.
Kalau orang yang bependapatan tinggi pun merungut, macam mana dengan orang yang berpendapatan RM800 sebulan, nak bela anak 5 orang, sekolah lagi, tambang bas lagi ,buku latihan tambahan dan duit makan, bayar bil api, bil air. Inilah salah sau punca jenayah. Sampai macam mana lagi depa nak seksa rakyat? Ini semua APCO punya idea. Rakyat kena dulu.

Ini hanya secebis kisah

Kisah 1
Aku melihat sendiri, di jalan masjid India waktu hujan lebat, seorang peniaga OKU yang berniaga air dihalau sebab berniaga tanpa lesen. Dia yang kudung kaki dan menaiki motosikal roda tiga berpusing-pusing dalam kawasan bazaar (dah hujan, DBKL pula kepong, nak lari mana lagi), dan dua orang anggota DBKL dilihat terus memarahi penjaja tersebut dengan kasar.

Kisah 2
Waktu aku tinggal di Pantai Dalam, beberapa kali Najib Razak datang ke kawasan itu. Antaranya merasmikan klinik 1 Malaysia. Sewaktu penjaja tepi jalan sedang berniaga, DBKL datang memberi arahan supaya tidak berniaga pada hari Najib ke situ.

Kisah 3
Seorang mak cik berniaga sudah 25 tahun di pekan dekat rumah aku. Tapak dia berniaga diambil untuk membina sekolah agama. Dia kata dapat pampasan RM 5000 tapi dia dapat RM2800 saja. Aku tak ingat samada dia nak jumpa D.O atau pegawai Kebajikan Masyarakat untuk minta baki pampasan, tapi kerani cakap tak payah jumpa D.O/pegawai, jumpa dia saja cukup. Akhirnya, dia tak dapat bakinya.

Ini hanya baru cerita aku dapat dari apa yang aku tengok, banyak lagi nasib penjaja yang ditindas dan dibiarkan melarat. Berniaga bawah jambatan, minta lesen tak lulus, barang dirampas, semua ini sedang berlaku. Bila semua ini akan berakhir?Tambah-tambah sekarang barang naik, yuran sekolah kena bayar dan macam-macam lagi bayaran.

Orang berniaga sebab cari rezeki halal. Nak hidup kena kerja bukan dapat duit atas angin. BODOH. Biarlah penjaja berniaga. Biar Najis tengok sendiri betapa susah rakyat cari makan, bini dan kroni-kroni BODOH sedap  makan titik peluh rakyat. Tunggu saja pilihanraya, semua masuk longkang. Mari semua buat solat hajat, tumbangkan pemerintah zalim.

14.1.11

REFLEKSI CINTA

Tengok tajuk macam cerita cinta. Tapi bukan itu sebenarnya.
Album ini antara koleksi harta intelektual yang aku pernah ada. Sekarang aku tengah cari album ini sebab yang lama dah rosak. Agak susah nak dapat, kalau dapat pun yang karaoke. Tak mau. Kalau sapa-sapa yang tahu mana boleh dapat, bagitahu yea.
Kebanyakkan lagu Zainal Abidin aku tahu. Cuma lagu Pantun di bawah ini aku tak pernah dengar. Pertama kali aku dengar,fuhhh. Best, aku jatuh cinta pada lirik dan muziknya. Tambah-tambah rangkap ini:
Dulu ikan senang dijala

penyu singgah berduyun-duyun

kini sudah menjadi bencana
usah dibawa turun temurun

PANTUN (ZAINAL ABIDIN) 
Alam hanya sementara
buana biru belentara
salah orang nampak ketara
kalah kita tak bersuara

Laut biru bertukar warna
rumpai karang tidak bernyawa
udang berarak tidak bermaya
imbangan alam dah tiada

c/o:
Tidak terkata rasa sayangnya
bumi dipijak rasa bahangnya
tidak terkata, tidak terkata
kalau boleh bersama kita pelihara
dunia bahagia hidup baru selesa
lambat ia binasa hidup lebih lama
hidup lebih lama.. yeyaa..

Dulu ikan senang dijala
penyu singgah berduyun-duyun
kini sudah menjadi bencana
usah dibawa turun temurun

Apa ada harus dijaga
hasil bumi berkurang pula
senang kita senang sekarang
esok lusa padah bermula

c/o:
Tidak terkata rasa sayangnya
bumi dipijak rasa bahangnya
tidak terkata, tidak terkata
kalau boleh bersama kita pelihara
dunia bahagia hidup baru selesa
lambat ia binasa hidup lebih lama
hidup lebih lama.. yeyaa.. lalalala hey..

INSAF
KataNya
(Insaflah wahai Ummah)
Lafazkanlah dua kalimah
Dirikanlah solat
Dan bersyukur... oh... oh...
Dan selalu hulurkan
Seper pendapatan dirimu
Kenang-kenang
Mereka yang tak 'berada'
KepadaNya kau datang
KepadaNya kau datang
Semalam ku bertanya
Apakah sebenarnya
Bisikkan di telinga
Menyeruku
KataNya jangan cepat jangan
Menaruh-naruh 

Syak wasangka oh... oh... oh... 



Apa kurangnya muzik tradisi?

Saat tarikh akhir untuk menerbitkan majalah semakin menghambat, aku perlu mencari pelan B untuk ruangan Fokus sekaligus menjadi penghias muka depan untuk keluaran Febuari. Ketika aku berjalan mencari cover story dalam ruang siber, aku terjumpa satu kumpulan muzik yang memang sealiran dengan jiwa aku, Dewangga Sakti. Mungkin ramai yang masih belum mengenali kumpulan muzik tradisional ini. Sebuah kumpulan yang telah menembusi pelbagai sempadan negara dengan perjuangan muzik mereka seperti inang, zapin, joget. Tapi, tulisan aku kali ini, bukan untuk bercerita mengenai mereka, Insyallah, jika diperkenankan Tuhan, aku akan temuramah mereka untuk tatapan pembaca MM.

Apa yang sering menjadi persoalan dalam jiwa aku ini ialah, mengapa artis-artis yang menghidupkan muzik sebegini sukar diberi peluang untuk menonjolkan bakat? Alif Azfar anak didik M.Nasir pernah menyuarakan hal serupa mengenai lagunya yang tidak diputarkan. Sedangkan artis seperti ini sudah pun menempa nama di luar negara bahkan mendapat sambutan yang baik. Ada beberapa artis yang telah ke luar negara mendapat undangan nyanyian, tetapi aku sendiri belum pernah berkesempatan menonton persembahan mereka. Misalnya kumpulan Bale-bale dangan imej berkain batik dan bertopi ala petani. Dewangga Sakti ini pun baru sekali aku menonton, itu pun ketika Dirgahayu 150 Tahun Kampung Bandar Dalam, Gombak. 


Jika disoal mengapa lagu artis-artis ini sukar mendapar tempat? Seringkali respon yang diberikan oleh pihak penyiaran ialah lagu mereka tidak komersial. Bagaimana kita menilai komersial? Mereka mempunyai album dan menjual karya mereka. Itukan komersial. Cuma mungkin tidak sealiran dengan arus perdana yang lebih kepada rock, pop dan sebagainya.

Sekiranya kita tidak memberi peluang kepada muzik tempatan apatah lagi yang memperjuangkan irama tradisional, siapakah yang akan melakukannya? Seharusnya pihak stesen radio dan televisyen memberi peluang kepada mereka berada di arus perdana dan mengembangkan karya mereka di petas-pentas utama. Apa salahnya, mereka dijemput untuk persembahan acara berprestij seperti Anugerah Bintang Popular, Anugerah Industri Muzik (AIM) berbanding mengetengahkan lagu-lagu luar negara. Sewajarnya, kita berbangga dan menunjukkan “inilah muzik dan budaya kita, hak kita”.

Alasan muzik sebegini tidak komersial dan mungkin 'kekampungan' oleh sesetengah pihak, bagi aku alasan itu agak dangkal. Kitaro, misalnya berjaya menempa nama di persada dunia dengan muzik instrumental berorientasikan budaya Jepun. Begitu juga, Mozart dan Beethoven yang masih segar hingga ke hari ini dengan lagu-lagu klasik Inggeris. Sebenarnya, kita yang suka memandang rendah kebolehan sendiri sehingga enggan memartabatkan khazanah muzik dan budaya asli milik kita. Adakah benar lagu mereka ini tidak boleh dijual? Sekiranya diberikan peluang dan promosi yang baik, saya percaya muzik sebegini akan mendapat tempat di hati khalayak.



Pengajaran yang harus dinikmati

Sewaktu aku beli tiket keretapi balik ke Pulau Pinang di KL Sentral kira-kira tiga tahun lepas, aku singgah solat di surau terlebih dahulu. Dalam doa, aku tak sedar rupanya ada sesuatu yang membuatkan Tuhan murka. Aku berdoa supaya perjalanan aka selamat ke Pulau Pinang, dan pada waktu yang sama “tak payah la doa selamat balik asrama, dekat je”.

Sebaik keluar dari surau menuju ke LRT, anehnya aku tak nampak langsung kaunter tiket dan papan tanda pun tak nampak. Itu bukan pertama kali aku ke situ walaupun aku masih baru di KL. Aku rasa fikiran aku pada masu tu kabur @ blur. Aku cuba mencari kawasan LRT dan mencari sehingga ke tingkat dua walaupun aku tahu di aras tersebut tak adanya LRT ke, komuter ke. Aku turun balik dan masih tercari-cari.

Pada masa yang sama seorang mamat tengah buat promosi apa ntah dan menghulurkan flyers. Aku takut mamat tu perasan aku yang tengah blur dan waktu tu juga aku perasan dompet aku tak ada dalam beg. Aku geledah beg, akhirnya jumpa dompet itu dalam poket beg lain. Selepas itu, kalau tak silap aku selawat 3 kali, barulah jumpa papan tanda 'tren' di sebelah kanan. Alhamdulillah. Pengajaran yang aku tak dapat beli sebaliknya aku nikmati.

Jangan sesekali sombong pada Allah. Setiap gerakkan kita adalah dengan izinnya. Insaf la.

13.1.11

"Derma kak"


Sebaik keluar dari bank selepas mengeluarkan duit di Jalan Masjid India, seorang wanita pertengahan umur menghampiri aku.

“Minta derma dik, untuk pesakit HIV”

Wanita ini mengatakan dia Cina Muslim dan menjadi sukarelawan untuk sebuah badan kebajikan sambil menunjukkan gambar penghuni. Dia sangat ramah dan ucapkan “good luck” lagi.

Masa nak keluarkan duit, “Dik boleh bagi RM10, nak beli ubat mahal”

Masa tu aku masih belajar dan kemampuan terhad, jadi aku hanya beri setakat yang mampu.

Bila aku keluarkan duit yang jumlahnya jauh lebih rendah daripada yang diminta, matanya menjeling dan terus rabut (betul ke perkataan ni,bahasa utara @ mengambil dengan kasar) duit dan flyers yang aku pegang dan berlalu.

Aku tak kisah mereka nak minta derma, tapi tolonglah minta dengan berhemah. Bukan orang tak nak tolong dan yang paling penting keikhlasan.

*******************************************************************

Kalau lalu depan bank, pasar malam mesti ada yang minta derma untuk madrasah, rumah anak yatim dan sediakan satu peti derma. Kerjanya sama juga macam berniaga, duduk di situ mundar-mandir jaga peti.

Alangkah baiknya kalau mereka berniaga untuk dapatkan duit daripada meminta-minta. Yang minta tu bukannya tua, semua muda belia lagi. Ada sekali tu, aku nyaris nak bagitau mamat jaga peti “Daripada duduk tercongok jaga peti, lebih baik awak berniaga, sama juga tetap kena tunggu ”
Tapi aku tak sampai hati pula nak cakap macam tu.

Masa di kampung, aku dengar bapa aku cerita,
Ada seorang orang kaya, kalau orang datang minta sedekah, dia maki hamun dan halau. Sekejap je Allah terbalikkan dia pula jadi peminta sedekah.
Lepas tu, segera aku insaf “Nasib baik tak sound orang minta derma” Astaga.

Aku tak kisah orang nak minta derma, cuma tengok keadaan. Kalau nak minta derma dan nak demand2, lantaklah tapi jangan marah kalau orang tak boleh bagi banyak tu.

Kalau sihat walafiat, kerja la. Macam-macam cara boleh jana duit asalkan rajin.

Maaf, tiada niat mengutuk, sekadar luahan.


Pon! Pon! Salah tu!



Entri ini saja je aku kongsi untuk suka-suka. Sejak aku kecil ramai yang menegur mata aku, sepet, kecil tapi aku tak kisah pun. Sebab mata ni juga la ada orang ingat aku foreigner. ^_^

Ada satu insiden yang aku ingat. Ni pasal mata aku la. Waktu tu hujan lebat. Aku dengan keluarga kakak aku baru balik dari mana entah. Sudah sampai rumah, abang ipar aku suruh buka pagar. Aku pun keluar la buka payung, tapi payung tu macam sengal sikit, tak kembang tapi menguncup ke atas. Aku pun ketawa-ketawa sambil nak buka pintu pagar. Memandangkan aku kalau ketawa tak nampak mata, dan tak nampak jalan jadi aku telah buat satu kesilapan. Waktu nak buka pintu pagar, abang ipar aku hon kereta, masa tu baru aku sedar aku tengah buka pintu pagar jiran dia. Bukan jiran sebelah, selang serumah pulak tu. Nasib baik jiran dia tak perasan. Cool.

12.1.11

Rindu ya Maulana

Sengaja entri kali ini aku masukkan lirik lagu M.Nasir. Sebenarnya aku tidaklah faham sangat maksud yang disampaikan, tetapi aku cuba menekuni setiap perkataan dalam lirik ini. Mudah-mudahan ada nur yang membantu aku.



Bila Rumi Menari

Artist: M Nasir
Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan

Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi

Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta

Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu

Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari

Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan yang dikasihi

Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan kekasih

Susahnya nak buang sampah.

Ketika zaman persekolahan dahulu, sudah menjadi tabiat saya untuk mengumpul kertas soalan peperiksaan dan apabila sudah bertimbun, saya akan membawanya ke sekolah semula untuk dibuang dalam tong sampah kitar semula. Terasa sayang untuk dibakar atau dilonggokan dengan sampah-sampah yang lain.

Namun demikian, saya menyedari tindakan saya itu hanya sia-sia. Apa tidaknya, tong sampah kitar semula yang telah diasingkan mengikut jenis telah bercampur dengan segala macam sampah sarap seperti plastik minuman, pembungkus makanan, polistren, beg plastik semuanya dibuang ke dalam tong sampah yang sama. Jadi apa gunanya tong kitar semula?



Saya juga cuba mengamalkan kaedah kitar semula mengikut cara sendiri. Misalnya, kotak-kotak kecil saya akan gunakan untuk menyimpan barang-barang kecil seperti perhiasan dan beg plastik. Kepingan kotak pula saya akan simpan untuk kerja-kerja kreatif. Biasanya saya akan jadikan kad ucapan hari raya atau hari lahir. Ada juga yang digunakan sebagai bingkai lukisan.

Walau bagaimanapun, bukan semua barangan dapat digunakan semula. Ada juga yang perlu dibuang atau dilupuskan dengan cara selamat. Misalnya kaca, dan plastik. Walaupun boleh dikitar semula mengikut kreativiti, tetapi saya tidak sanggup untuk menyimpan semua barang tersebut. Sudah namanya pun sampah.
Jika saya mengasingkan sampah mengikut jenis, bila sampai di tong sampah besar ia tetap akan bercampur dengan pelbagai sampah sarap.

Di sinilah masalahnya kitar semula di Malaysia. Buat kempen kitar semula, tetapi tidak menyeluruh. Tong sampah kitar semula hanya diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah. Sudahlah tong sampah kitar semula sukar didapati, sikap pengguna umpama masyarakat tidak bertamadun dengan membuang sampah ke dalam tong yang salah dan lebih buruk membuang sampah di merata-rata tempat.

Alangkah baiknya jika setiap rumah mengamalkan kitar semula, dan setiap kawasan perumahan disediakan tong sampah kitar semula. Sampah-sampah itu pula dilupuskan dengan cara yang mesra alam.

11.1.11

Ini hobi aku.



Hobi aku di sekolah dulu ialah tidur dalam kelas. Hobi itu sangat aktif sewaktu aku di tingkatan enam dan berlarutan hingga ke universiti.

Memandangkan cikgu jarang berada dalam kelas, maka kami cenderung untuk melakukan hal sendiri. Aku lebih suka belajar sendiri dan bila penat aku tidur. Aku memang lone ranger sejak tingkatan 6 hingga universiti. Kadang-kadang 7.30 pagi lepas sarapan aku tidur sampai cikgu masuk, dalam pukul 8.00. Kalau cikgu tak masuk langsung, aku suka pergi perpustakaan, baca buku yang aku suka, ensiklopedia seni. Bukan apa, otak aku dah penat belajar malam dan siang aku nak lari dari buku sekolah.

Paling kritikal ialah waktu sejarah. Aku cuba duduk depan kononnya untuk fokus, jangan harap la, berair mata aku. Waktu yang aku aktif pun waktu Bahasa Melayu Kertas 2, Ekonomi dan MUET sebab banyak bincang dan berfikir. Tapi dalam tidur pun, keputusan boleh tahan. Result aku antara yang baik.

Sama juga di unversiti. Bukan semua subjek aku buat macam tu. Bergantung juga dengan pensyarah. Kalau asyik bincang perkara yang sama 14 minggu, jawabnya aku terpaksalah pergi surau kunci jam lima minit untuk tidur, kemudian masuk balik dengan selamba.  Kalau tak tidur pun, aku melukis muka pensyarah pada nota. Idea segar waktu tu.

Tapi dalam tidur-tidur pun, pelik juga. Aku boleh jawab soalan pensyarah. Ada sekali tu, kelas skrip drama, pensyarah tanya siapa watak utama dalam filem penarik beca? Aku bangun dan jawab "Amran". Lepas tu aku tidur balik.

Aku bukan malas, tapi aku tak boleh belajar dalam keadaan yang bosan tambah waktu tengah hari. Asyik mendengar, tapi kalau mendengar sambil berfikir ok juga. Tapi kalau dengar dan keluar balik, macam tu la jadinya. Tapi sekarang aku dah kerja, tak ada sebab aku nak buat macam tu lagi. Hehehe. Sekarang aku dah melalui fasa hidup baru, aku buang segala tabiat tu. Kerja secara profesional ok. ^_^.

Nota: Bila agaknya masalah guru tidak masuk kelas dan waktu kuliah yang membosankan akan berakhir. Guru asyik dengan kerja pentadbiran dan profesor pula macam tak ada idea baru untuk kuliah. Asyik ulang dan ulang benda yang sama. Bosan!

Salah satu sebab perempuan takut nak kahwin

Oleh ABD. KADIR MOHD. AYUB
Pada malam itu, kelihatan sebuah kereta mewah berwarna kelabu menghampiri seorang pemuda berusia 20-an yang sedang “melepak” di letak kereta sekitar bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Namun, kereta tersebut sekadar lalu di tepi pemuda itu dan terus ke kawasan lain.
Pemuda tersebut sibuk melayan panggilan telefon bimbitnya. Dia memiliki susuk tubuh sasa dan rupa paras yang menarik. Tidak berapa lama kemudian kereta mewah yang sejak tadi asyik “meronda” kawasan tersebut memberhentikan keretanya berhampiran dengan pemuda tersebut dan membuka cermin tingkap. Pemuda yang begitu sibuk melayan panggilan telefon bimbitnya tadi terus meluru ke arah kereta tersebut.
Di dalam kereta mewah itu kelihatan seorang lelaki berumur awal 40-an menghulurkan “salam perkenalan” kepada pemuda terbabit. Tidak sampai 10 minit, pemuda tadi menaiki kereta mewah tersebut dan menuju ke sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Situasi di atas bukan adegan biasa yang melibatkan pertemuan dua orang lelaki normal. Ini adalah kegiatan pelacuran yang dilakukan oleh remaja lelaki khusus untuk pelanggan lelaki kaya yang memiliki nafsu songsang. Kegiatan tidak bermoral ini dibongkar oleh Dewan Masyarakat. Kebanyakan pembaca mungkin kurang mengetahui kewujudan kegiatan moneyboy begitu berleluasa di ibu kota sekarang.
___
Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Nota: Inilah sebabnya perempuan tak kahwin, lelaki hampir pupus.
Banyak yang tak normal.
Nak jadi perempuan, yang minat lelaki.
kalau yang normal, ada pula masalah lain.
Haiz!

Interlok adalah fakta


Awang Sariyan: Abdullah tak bohong fakta sejarah
Jan 10, 11 7:25pm
Kongsi 26
Kewujudan kasta yang digambarkan oleh Sasterawan NegaraAbdullah Hussein dalam novelnya, Interlok, bukan suatu bentuk penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan. 

Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu, Malaysia-China di Foreign Studies University (BFSU) China Beijing Prof Awang Sariyan berkata golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka. 

Beliau berkata Sasterawan Negara itu ialah seorang penulis yang menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman-zaman yang dilalui dan disaksikannya sendiri. 

"Novel Interlok adalah merupakan gambaran realiti sosial pada zaman berkenaan dan pengisahan yang melibatkan penghijrahan kaum pekerja dari luar termasuk orang dari India memang terakam dalam karya-karya ilmiahnya," kata Awang kepada Bernama menerusi e-melnya di Besut hari ini. 

Beliau diminta mengulas tentang desakan golongan tertentu yang mahukan novel Interlok diharamkan daripada diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia tingkatan lima bermula tahun ini. 

Mereka mendakwa novel berkenaan mempunyai elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini. 

Beliau berkata Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin atau golongan Ksyatria dibawa oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah.

Menurutnya konteks yang menggambarkan suasana dalam kapal itu pula menunjukkan nilai murni golongan tersebut yang memiliki perasaan dan kesediaan hidup bersama tanpa berasa bimbang oleh sebab berlainan taraf atau kasta. 

Sehubungan dengan itu Awang meminta supaya semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah dalam membuat sesuatu rumusan dan perlu menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosiobudaya dan sejarah, bukan berdasarkan sentimen sempit yang tidak ilmiah. 

Katanya, perkara tersebut akan bertambah rumit lagi jika isu itu dikaitkan pula dengan perhitungan politik yang sempit. 

--Bernama

Bakar novel interlok


MP PAS: Hadir tak bermakna setuju bakar Interlok
Abdul Rahim Sabri
Jan 10, 11
1:47pm
Kongsi 52
Ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud berkata kehadirannya ke demonstrasi dan upacara membakar novel Interlok oleh sekumpulan penduduk kaum India di Klang kelmarin tidak semestinya bermaksud beliau bersetuju dengan tindakan itu.

Sebaliknya, tambahnya, ia untuk "menunjukkan kebersamaan ketika mereka memerlukan pemimpin".

hindraf pas forum anti-isa 131208 mariah mahmud"Saya diberitahu mengenai rancangan demonstrasi dan upacara pembakaran 2 jam sebelum itu. Saya tidak tahu siapa yang menganjurkan tetapi ahli-ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) dan pengundi-pengundi India Kota Raja dan dari kawasan Klang turut terlibat.

"Kebimbangan takut tercetus pergaduhan tidak boleh dinafikan kerana yang terlibat semua kaum India. Ahli DHPP minta saya hadir bersama dan sebagai wakil rakyat yang mereka pilih, wajar saya hadir menunjukkan kebersamaan saya ketika mereka memerlukan pemimpin mereka. 

"Saya tidak semestinya bersetuju dengan mereka tetapi kehadiran saya boleh menyejukkan kemarahan mereka. Kebetulan penulisnya ialah seorang Melayu sebangsa dengan saya. Ketidakhadiran saya mungkin akan disalah tafsir sebagai menyebelahi penulis Melayu dan saya tidak berempati dengan mereka," katanya.

Mingguan Malaysia semalam melaorkan Dr Mariah menghadiri demonstrasi kira-kira 100 penduduk India sambil membakar novel karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang. 

Motif Muhyiddin
Dr Mariah dilaporkan mengakui Interlok karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India.

Mengulas perkara itu dalam blognya hari ini, Dr Mariah yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, ekoran laporan Mingguan itu, beliau dimajukan beberapa SMS daripada kumpulan seniman, termasuk Sasterawan Negara A Samad Said yang mempersoal tindakan itu.

NONEMengakui laporan akhbar Umno itu 90 peratus tepat, Dr Mariah mendakwa,Mingguanbagaimanapun tidak melaporkan bahawa beliau meninggalkan demonstrasi sebelum upacara pembakaran buku dan gambar penulis Interlok.

Menyatakan pendiriannya, Dr Mariah berkata, beliau berempati dengan masyarakat India kerana "mereka tidak mahu sejarah kasta dihidupkan di dalam minda anak-anak India."

Katanya, kenyataannya semalam turut mempersoalkan motif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan novel itu ke sekolah. 

"Saya yakin beliau tahu sangat isi novel dan potensi konflik yang akan timbul. Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat," katanya.

Dialog muhibah
Bagaimanapun, atas prinsip kebebasan berkarya dan bersuara, beliau tidak bersetuju Interlok tersebut diharamkan.

umno agm muhyiddin opening 191010 asriSementara itu, mengulas tindakan itu, bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kanan) menyatakan perasaan terkejutnya dengan kehadiran "tokoh politik tertentu" dalam insiden itu.

"Saya rasa tokoh berkenaan sudah tersilap. Walaupun beliau pulang awal, tetapi kehadiran itu tidak tepat. 

"Politik baru yang matang dan bijak tidak dapat bersetuju dengan kehadiran wakil rakyat atau ahli politik ke pentas yang seperti itu," katanya sambil menegaskan rasa kecewa dengan tindakan tersebut.

suhaizan kaiatDalam perkembangan berkaitan, Pemuda PAS pula menganjurkan pertemuan muhibah antara kumpulan pro dan anti-Interlok.

Menurut ketua penerangannya Suhaizan Kaiat, pertemuan itu akan diadakan di sebuah tempat yang akan ditentukan kemudian pada 13 Januari ini.

10.1.11

Aku orang kolar biru


Pada asalnnya, aku tidak berminat untuk menuntut di mana-mana universiti sebab ada AUKU. Aku rasa kalau masuk tapi tak boleh memandaikan pemikiran, lebih baik tak payah. Aku pernah terfikir untuk terus bekerja dan aktif dalam Kesatuan Sekerja.

Sementara menunggu keputusan STPM, aku bekerja di kilang sebagai operator. Keadaan sangat perit. Dengan mudahnya majikan menekan kaum pekerja. Aku sepatutnya bekerja 8 jam 5 hari tapi terpaksa bekerja 12 jam 7 hari. Bayangkan, kerja 12 jam berdiri dan setap hari. Sedangkan gaji tak seberapa. Aku pernah terlelap waktu welding bateri, nasib baik tak welding tangan. Kalau shif pagi, aku bagun jam 4.00 pagi dan bas datang pukul 4.45 pagi. masuk kerja pukul 6.30 pagi dan pulang jam 2.30. Tapi, aku selalu dipaksa untuk kerja lebih masa, maka aku sampai rumah hampir jam 8.00 malam. Dan esok bangun jam 4.00.

Kalau shif malam, aku selalu menangis, malasnya nak pergi kerja, penat. Bila overtime, aku masuk kerja jam 6.30 petang, pukul 7.30 esok baru sampai rumah. Tak ada cuti pula. Lagi seminggu kontrak aku tamat, aku bagi surat berhenti. Aku kerja situ lebih kurang 2 bulan.

Aku menganggur sebulan setengah. Dalam masa yang sama, aku selalu hubungi ASWARA tanya bila borang keluar. Dulu, memang impian aku nak belajar di situ. Akhirnya, aku dapat lagi kerja kilang. Tapi bahagian stor. Aku potong komponen elektrik. Aku suka kerja tu. Agak ekslusif sebab tak duduk dalam production line dan 3 orang staf je kat situ dan kami macam keluarga. Yang paling seronok, supervisor aku, Kak Ramani baik gila. Walaupun bukan sebangsa, dia India tapi sangat baik dan sporting.

Masa temuduga kerja, untuk elakan kena reject, aku bagi maklumat palsu. Aku tak tunjuk keputusan STPM, tapi beritahu yang aku baru habis Giat Mara. Tapi tembelang pecah, bila Kak Ramani syak yang aku pernah belajar. Mungkin muka aku muka educated. :-p. 


Dia orang yang paling kuat dorong aku untuk sambung belajar. Masa dapat tawaran, aku macam acuh tak acuh je sebab nak tunggu ASWARA. Tapi kerana pujukan dia jugalah aku di sini.

Sebelum aku berhenti kerja, aku sempat usahakan sesuatu untuk kawan-kawan aku. Memandangkan aku dah merasa seksanya bekerja kilang, dan kebetulan ramai yang suka mengadu kat aku masalah mereka, jadi aku rasa aku patut tolong setakat yang mampu.

Dalam borang berhenti kerja ada ruangan komen. Dalam komen aku, sempat aku cadangkan adakan Kesatuan Sekerja untuk pertahankan hak buruh. Yang peliknya, manager aku tak berani nak marah aku walaupun aku pergi jumpa dia. Sebaliknya, suruh Kak Ramani masuk dan tanya kenapa aku tulis macam ni?Hehehe. Bukan aku kuat atau hebat, tapi mungkin tidak pernah ada yang mengadu atau bersuara, mereka terlena. Bila sekali kena cuit, rasalah tamparannya.

Pengalaman aku walaupun sekejap, tapi banyak mengajar dan mendidik. Itulah guru terbaik yang ajar tentang kehidupan. Harapnya segala perjuangan kelas pekerja akan didengari dan mungkin akan jadi senjata menghumbankan pemerintah yang alpa.