7.2.11

Sepanjang jalan akhir

Menuju ke stesen terakhir
Berjalan di jalan yang bersuluh
Namun kadang-kala gerhana memintas
Menenggelamkan penglihatan batin
Lalu tergelincir dan bangun meneruskan perjalanan
Tergelincir lagi dan bertanya
"Mengapa aku di sini dan mengapa begini?"
Jawapan tidak akan terbang dan hinggap di akal
Tanpa menyelami lautan persoalan

Aku ingin sentiasa di jalan yang terang
Jika aku memungkiri, jangalah biarkan aku terus dimurkai
Suluhlah jalan ini dengan kasihMU
Agar aku bisa berjalan dengan tenang
Kerana inilah stesen terakhir
Sebelum aku kembali ke asalku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan