16.2.11

Pi kerja kilang lagi baik la!

Fakta dalam myBalik Pulau disiasat

2011/02/16

BUTTERWORTH: Polis akan menyiasat semua laporan yang dibuat berhubung penerbitan risalah myBalik Pulau terbitan Arts Education (Arts-Ed) yang didakwa mengandungi fakta diragui serta menghina orang Melayu. 

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihaknya masih melakukan siasatan untuk meneliti risalah berkenaan yang didakwa turut mengandungi unsur menghasut.



“Kita belum menentukan siasatan itu dilakukan mengikut seksyen mana kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan dan tidak mahu membuat sebarang kenyataan atau keputusan lagi bagi mengelak berlakunya perpecahan dalam masyarakat,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Gotong-Royong Sempena Maulidur Rasul anjuran Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (PENCINTA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bagan Belat, Teluk Ayer Tawar di sini, semalam. 


Kelmarin, empat laporan polis dibuat Persatuan Warisan Pulau Pinang (PWPP), Kelab Cabaran Pulau Pinang (KCPP) dan dua penduduk tempatan, Zainuddin Bakar dan Yuhezni Yusoff, berhubung isu berkenaan. 


Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Balik Pulau, bagi membolehkan polis menyiasat kandungan risalah yang mempunyai unsur hasutan dan penerbitannya sangat mengelirukan.


Bagus, kalau ada fakta sejarah yang tidak betul kita perlu perbetulkan.Tapi pelik,ada banyak perkara lagi yang perlu diberi perhatian, depa tak nak pula bising.Tak habis-habis dengan Melayu3x. Tapi yang terpinggir dah 50 tahun pun Melayu juga, bawah pemerintahan Parti cap Dacing juga yang banyak jasa kepada rakyat. Lalala.


Sebenarnya banyak perkara yang aku rasa sakit mata, hati, jiwa dan segala bagai.


Kalau duduk depan rumah aku, sakit mata, tengok bukit kena tarah, jual pasir. Dah lama, kalau tak silap sejak aku darjah 6 kot. Lama tu.


Bila balik kampung, aku ronda kat Balik Pulau, kampung-kampung kena himpit dengan perumahan mewah walupun tanah sekangkang kera, nak juga buat banglo.


Sekolah Cina Thar Tong pun aku tengok dah naik papan tanda rumah banglo. Isk, tak kan nak buat rumah kat tapak sekolah kot.


Boleh dikatakan kampung tradisional Melayu dah hampir pupus. Naik macam-macam projek. Sedangkan di kawasan Pulau, hanya Balik Pulau yang ada kampung tradisional. 


Kalau setakat nak bersuara nak tunjuk ada suara tak payah la, tak ada kesan pun kat kami. Baik hang jaga kawasan hang elok-elok, tolong orang yang nak berniaga, bagi bantuan pada orang yang buat IKS, baiki rumah yang uzur, periksa tengok ada tak budak yang tercicir sekolah,buat la program yang boleh majukan minda anak-anak kampung, yang boleh kembangkan bakat dan potensi depa. Kalau remaja buat hal, salahkan orang muda. Hang pa yang memerintah, buat apa?  


Kalau tak dak ilmu,tak ikhlas pegang jawatan tak payah sibuk nak pegang kuasa, kerja kilang lagi baik. Ada juga orang hormat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan