24.2.11

Kita dirompak pada setiap saat dan setiap zarah

Sebelum aku memiliki kenderaan sendiri, aku bergerak dengan kenderaan awam. Hanya itu dunia aku. Aku tidak pernah tahu tentang kesulitan orang yang memiliki kenderaan. Jika tahu pun aku berpura-pura tidak tahu. Yang aku tahu, aku hanya naik dan bergerak sampai ke destinasi. Bila tiba di suatu tahap, aku mula memahami apabila kerap berkereta temankan kawan dan aku lebih faham bila aku sendiri mengalami masalah sebegini.

  1. Jalan raya rosak
    Jalan raya dalam kampus banyak bumper dan bumper tinggi. Pensyarah aku merungut dan bilang ini boleh menyebabkan kerosakan kereta. Maka tercetuslah di fikiran aku bahawa memang sengaja dibuat jalan sebegini supaya kereta mudah rosak kerana pusat servis, pengeluar tayar, pengeluar alat ganti dan kereta itu sendiri serta segala yang berkaitan adalah milik kroni.


    Baru-baru ini, aku memandu dan terlanggar lubang waktu hujan lebat dan air bertakung mengakibatkan tayar berlubang dan bengkak. Mahu atau tidak aku terpaksa menukar tayar baru yang bukan murah untuk dinilai dalam zaman gawat begini. Kenapa jalan berlubang sebegitu teruk? Apakah kualiti bahan terlalu rendah sehingga boleh berlubang begitu dalam? Tambahan pula jika menjadi laluan kenderaan berat. Kenapa terlalu banyak jalan berlubang, retak dan tidak adakah penyelengaraan dibuat untuk memastikan jalan raya selamat digunakan? Bagi aku ini memang lubuk emas bagi kapitalis dan kerajaan untuk menebalkan saku.

  1. Papan Tanda
    Papan tanda selalu membuatkan kita sesat, membawa kita ke plaza tol malah lebih teruk mengakibatkan kemalangan. Sangat menyakitkan hati apabila hampir tiba di persimpangan, papan tanda terlindung di belakang pokok dan menyebabkan kita tersalah masuk lorong. Sedar-sedar dah masuk lebuhraya. Kalau poket tengah kering, jangan pergi tempat yang kita tak tahu, silap-silap bayar tol saja pun dah RM10. Sekali bayar pun dah RM 2.50 sebelum jumpa persimpangan keluar kena lalui empat atau lima buah plaza tol.

    Jika kita tak biasa dengan sesuatu kawasan, kita hanya mengikut arahan papan tanda. Malangnya, bila sampai di persimpangan atau susur, tidak ada papan tanda yang dipacak. Salah lagi masuk jalan dan minyak semakin kering. Inilah cara nak kayakan taukeh tol dan taukeh minyak. Memang sangat laknat cara mereka memerah kantung kewangan kita. Sudah beberapa kali aku dan kawan-kawan tersesat dan bila ikut papan tanda terus ke lebuhraya yang bertol.

    Setakat ini, dua masalah inilah yang menjadi masalah utama. Masalah lain, aku belum pasti. Dua masalah ini saja pun dah cukup menjerut leher kita. Tambah pula harga barang, yuran sekolah, dan semua barang dan perkhidmatan yang semakin mahal. Ditambah lagi dengan saman yang macam hantu. Setiap lubang, ruang dan zarah mereka ceroboh untuk merompak kita. Aku percaya ini semua agenda zionis APCO. Kalau tidak, tidak mungkin Barang Naik membayar mereka sehingga RM 80 juta hasil darah, keringat dan air mata kita.

1 ulasan:

  1. sokong....virus 'keRAJAan' yg menular dlm rakyat dan mematikan rakyat secara perlahan2

    BalasPadam