21.2.11

Siapa orang tua ni?

Sepanjang aku hidup, Allah beri aku peluang berjumpa berbagai jenis manusia. Salah satunya macam ini.
Sedang aku menyusun kuih, seorang Pak Cik dengan pakaian dan songkok lusuh berhenti depan kedai. Matanya terbeliak dengan anak mata berkaca memandang tepat ke muka aku sambil bertanya harga dodol.
Aku yang agak terkejut dengan pandangan dia memberitahu harga dodol dan bertanya berapa yang dia nak.
Dia ke suatu sudut meletakkan barang-barang yang telah dibeli dan datang semula. Dia tidak menjawab pertanyaan aku. Sebalik bercakap perkara yang tidak ada kena mengena.
“Anak Pak Cik dah meninggal, kubur dia 8 kaki dalam”
Aku tidak melayan percakapan dia, aku bertanya lagi,
"berapa Pak Cik nak?"
Sekali lagi dia bercakap soal kubur dan aku tidak melayan. Selepas dua tiga kali megulang perkara yang sama akhirnya dia beli juga dodol tu.
Aku jadi trauma beberapa jam gara-gara Pak Cik yang berpakaian seperti penggali kubur itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan