25.2.11

Aku saudagar biskut

 Tiba-tiba teringin sangat nak belajar buat biskut. Jadi aku suruh mak aku ajar dan biskut itu menjadi. Boleh tahan la bagi seorang budak yang berusia 11 tahun pada waktu itu. Keesokanya, aku bawa biskut yang aku buat ke sekolah dan dengan rasa bangganya bagi kawan-kawan aku rasa. Mungkin rasanya sedap dan kawan-kawan aku teruja, sejak itu, aku mendapat permintaan untuk menjual biskut.

Bermula hari seterusnya aku menjadi saudagar biskut dan menjual kepada rakan-rakan sekelas. Setiap malam selepas Isyak aku mula mengadun tepung, mencanai, tekap dengan acuan dan seterusnya bakar sambil menonton Piala Dunia 1998. Satu perkara lagi yang aku harus buat ialah memasukkannya ke dalam plastik. Setiap plastik kecil muat untuk dua biji biskut dan aku jual dengan harga yang mustahil untuk didapati pada ketika ini. Dua biji sepuluh sen.

Semakin hari perniagaan aku semakin laris dan ada permintaan untuk perisa tertentu, ada nak yang lebih berlemak. Perniagaan aku maju disebabkan dua perkara, pertama ialah kerana sambutan yang baik dan bahan yang digunakan ialah bahan yang sedia ada dalam rumah. Bermaksud, setiap sen yang aku dapat, adalah untung bersih dan aku tidak perlu membeli gula, bahan perisa, susu, majerin sebab itu semua bapa aku dah beli awal bulan. Balik sekolah aku singgah kedai dan beli sebungkus tepung jagung atau kastard. Itu saja modal aku. Untung kan? Selain aku, ada lagi kawan-kawan aku yang turut berniaga tolong bisnes mak, jual nasi lemak, dan ada yang jual kerepek.

Aku berniaga dalam 3 bulan, selepas itu anak guru besar yang juga budak kelas aku dah tak bagi aku berniaga sebab mak dia tauke kantin, khuatir peniagaan terjejas agaknya. Satu perkara yang aku persoalkan ialah apa kena mengena bapa dia guru besar, mak dia tauke kantin, dan dia murid sekolah? Boleh ada kuasa pula nak bagi arahan?? ha ha ha k***i


Tiada ulasan:

Catat Ulasan