22.2.11

Jangan terkena

Di sini aku nak kongsi satu perkara yang aku tengok sendiri ramai yang dah terkena. Memang sekarang kos sara hidup tinggi, jadi ramai yang ambil keputusan untuk cari duit tambahan. Tambah-tambah sekarang merata-rata iklan yang iklankan cari duit cara mudah. Kalau cari duit cara mudah sekalipun, tak kisahlah, asalkan halal. Tapi yang ramai orang angin ni menyusahkan orang lain dan mengganggu ketenteraman orang lain, malah lebih teruk lagi menganiaya. Walaupun kes macam ini boleh dikatakan basi, tapi masih banyak berlaku.

Kisah 1: Baru-baru ini kawan aku berkenalan dengan seorang wanita waktu membeli belah. Dia sebenarnya memang tak kenal wanita tu, tapi wanita tu pula tegur dia cakap pernah jumpa la, muka familiar la. Akhirnya mereka berkawan. Wanita itu sering bagi nasihat dan banyak selitkan unsur-unsur agama. Dia juga salah seorang ahli MLM. Kawan aku bagitahu awal-awal dia memang tak berminat dengan MLM dan wanita tu mengaku yang dia berkawan kerana silaturahim. Tapi yang menjadi masalahnya setiap hujung minggu dia ajak kawan aku keluar pergi program diaorang. Nampaknya tujuan utama dia berkawan ialah mencari mangsa!

Kisah 2: Sepasang warga emas baru-baru ni rugi RM17 ribu gara-gara percayakan anak kawan sendiri yang kononnya pandai melabur dalam salah satu skim. Siap tunjukkan penyata bank lagi. Malangnya, duit itu lesap dan anak kawan mereka sering mengelak bila minta balik duit. Biasalah tu.

Sebenarnya, banyak lagi kes yang aku nampak pasal MLM ini. Ada yang gunakan duit biasiswa untuk melabur. Di kafe-kafe aku selalu nampak orang luar (tua) duduk di kafe dengan budak-budak kolej. Kalau bercerita siap dengan mimik muka lagi. Aku pun pasang telinga. Sah, promote MLM. Kawan aku pun terkena. Haha. Aku marah dengan orang macam ini. Hidup berpura-pura. Tergamak tipu pelajar yang pinjam PTPTN. Yang pelajar pun satu, mudah sangat percaya bila dengar pasal duit berkepuk-kepuk. Habis duit PTPTN melayang ke mana. Menjalinkan hubungan dengan orang tapi ada agenda. Haiz. Aku menolak persahabatan yang tidak IKHLAS! ^_^. Hati-hati kalau ada orang yang baik luar biasa terhadap anda! :-P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan