21.2.11

Bolehkah kita hidup tanpa mereka?


Tukang Sapu
Pasti kita akan sakit mata kalau di tempat awam ada sampah sarap. Bungkusan jajan, botol air mineral bersepah, daun-daun gugur bertimbun dan macam-macam lagi la. Sanggupkah kita dengan rela hati nak bersihkan? Kalau tak ada tukang sapu, alamatnya memang hidup kita bergelumang dengan sampah sarap. Mereka juga ada kelebihan yang tidak ada pada kita. Contohnya, kita boleh ke suka-suka hati masuk bilik orang-orang besar. Mereka setiap hari masuk untuk buat kerja. Hehehe.

Pencuci Tandas
Sama juga macam tukang sapu. Kalau tak ada mereka, kita semua dah lama kena penyakit. Banyak sangat terkena jangkitan kuman.

Pengangkut Sampah
Mereka ini juga antara yang penting penting dalam hidup kita. Hatta Sultan, PM, FLOM pun memerlukan mereka. Kalau tak ada mereka, kita akan merungut sebab sampah bertimbun dan lalat pun dah berpesta depan rumah.

Tukang Jahit
Selagi kita bernama manusia yang berakal, secebis kain pun penting untuk menutup badan kita. Orang asal dalam hutan pun pakai baju walau tak tempah kat butik. Tukang jahit ini memang penting sampaikan nak potong kaki seluar pun hantar kat tukang jahit.

Tukang Masak
Ada ke orang yang perut akan kenyang dengan sendirinya tanpa makan apa-apa?Jadi faham-fahamlah kepentingan mereka. Kalau mereka tak ada dah lama kita kebulur. Bagi yang rajin masak, tak ada masalah. Bagi yang tak rajin dan tak tahu masak, mereka amat penting tambahan pula sekarang ramai wanita yang bekerja. Semuanya nak cepat dan penat nak masak.

Nelayan
Jangan sesekali pandang rendah pada nelayan, kerana merekalah kita dapat makan ketam, ikan, udang, ikan kering, ikan bilis walaupun bertarung nyawa dengan ribut, lanun, ombak dan peraih ikan yang ambil kesempatan.

Petani
Agak-agak kalau tak ada golongan ini boleh ke kita makan nasi, kailan ikan masin macam di kedai tom yam, salad, kerabu pucuk paku, lobak, epal, durian, timun dan pelbagai spesies sayur dan buah. Jangan pandang lekeh, mereka ada sesetengahnya lebih berduit daripada orang berkerjaya.



Perbezaan dalam status sosial sering membuat kita lupa diri dan sering merasakan kita yang berkuasa dan kitalah yang hebat. Tanpa kita sedar, sebenarnya kita juga bergantung hidup kepada mereka. Sebenarnya, jika dilihat dari sudut status, mereka tidaklah memerlukan kita sangat pun. Mereka tidak perlukan peguam, pensyarah atau apa-apa pun jawatan untuk mencari rezeki. Tapi bolehkan kita hidup tanpa bantuan mereka yang melancarkan urusan kita setiap hari?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan