8.2.11

Pusat pengumpulan minda orang melayu

Lepas habis kerja di kat Pasar Seni, anak bos aku ajak pergi tengok konsert di Dataran Merdeka. Aku sebenarnya tak minat nak tengok konsert-konsert. Buat sakit mata je. Tapi aku layan juga, boleh tengok suasana dan gelagat manusia-manusia yang dahagakan hiburan. Mak dukung anak masih bayi, bapa heret anak berderet-deret, mak cik pak cik enjoy bila artis menyanyi, mat rempit dengan motor dan aweks2 berpeluk sana sini, minah-minah tudung terkinja-kinja depan pentas, yang budak lelaki pula siap pakai tanduk setan lagi, haiz..yang sedihnya semua Melayu Islam.

Itu baru konsert biasa-biasa, cuba tengok AF, boleh sakit aku tengok mak cik-mak cik bersorak sakan. Sama naik je dengan anak dia. Kalau nak beli tiket sanggup beratur dari pagi sampai ke petang. Punyalah gila nak tengok konsert. Sibuk nak beratur beli tiket, waktu solat ntah ke mana. Ini baru AF, konsert lain yang tak terkira sampai takut aku bila dengar konsert. Satu konsert dah melalaikan 10 ribu orang Melayu Islam, kalau dah banyak...fikir sendiri lah.

Patutlah orang Melayu selalu ketinggalan, selalu dok belakang. Anak kecil-kecil lagi dah ajar untuk jadi artis, minat hiburan. Tak ada nak didik untuk minat benda-benda ilmu. Contohnya anak kawan aku, umur baru 6 tahun, hari-hari suruh mak dia pasang cerita Rempit, mak dia pun ikut je. Aku yang dah dewasa pun geli nak tengok cerita tu, budak kecil suka pulak layan. Nak salah siapa? Memang mak dia tak kisah. Kita nak tegur nanti kata menyibuk pula kan?

Selalunya yang suka melayan benda-benda macam ini kononnya orang-orang kelas bawah, berpendidikan rendah, tapi berdasarkan pengalaman aku, orang yang berpendidikan tinggi pun ramai perangai macam ini. Dulu masa zaman sekolah, ada lah sorang kawan aku ni bawa majalah Mangga, cikgu siap tanya “majalah baru ke? Pinjam jap” Hish!!!! pening sku tengok perangai cikgu macam ini. Sepatutnya dia tegur, jangan baca benda macam ni. Sudahlah gambar semua tahap 18sx, cerita pun cerita bodoh, tak mengembangkan minda langsung (dulu aku pun beli masa di tingkatan 1, tapi kena marah dengan mak, kakak, dan abang, terus aku tinggal). Kalau cikgu pun minda tahap kelas ….(malas nak cakap) apa lagi anak murid yang masih mentah. Tak hairan la ramai remaja sekarang yang rosak.

Masa aku di tingkatan 6, pengetua sekolah aku pencen. Jadi ada la majlis sikit. Yang aku malunya boleh pula  pembantu am rendah buat persembahan menyanyi lepas tu budak-budak ini pun terkinja-kinja, kalau orang tu  menyanyi note tinggi, bukan main lagi tepuk. Malu, malu, malu. Tingkatan 6 dah la banyak budak Cina. Nampak sangat kelemahan orang Melayu yang dungu. Aku tak kisah kalau nak buat persembahan menyanyi ke belakon ke, tapi biarlah lebih bersopan dan memperlhatkan kematangan dan intelektual, maklumlah dah nak pencen, mestilah banyak jasa dan ilmu. Kan?

Inilah orang Melayu, asyik fikir benda remeh, pasal Fasha Sandha dengan Jejai la, pasal Rozita Che Wan dengan Datuk la, sampai sanggup bertikam lidah mempertahankan artis poooojaan hati. Kalau bertikam lidah debat isu semasa ada baiknya juga. Akibat lalai dan leka habis tanah kena jual lepas tu duduk rumah sempit, harga barang naik tak kisah, hari-hari makan telur goreng pun tak pa, janji HIDUP UMNO, hidup aman dan tenang, tak payah susah hati, hiburan dah jadi ubat penenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan