16.2.11

Adakah kita akan jadi begini?


Sejak sekian lama, wujud keresahan tak berpenghujung. Semua ini kerana kita manusia. Boleh dikatakan setiap inci tanah di Malaysia dipenuhkan dengan bangunan tinggi. Milik siapa? hehe. Cukonglah. Hampir. Bukan setakat tinggi bangunan sahaja, lebih penting lagi ialah status bangunan. Pusat komersial, kawasan elit, dan macam-macam status diberi. Yang pasti orang biasa macam kita tidak mungkin atau amat tipis untuk mendapat manfaat daripada pembangunan tersebut. Nak jadi cleaner pun susah, semua dipenuhi dengan pekerja-pekerja import. Mak cik jual nasi lemak, tak dapat berniaga dalam tu. Kedai runcit Pak Bakar pun tak akan dapat menandingi pasaraya besar. Untuk siapa ia dibangunkan?

Yang merunsingkan aku sejak bertahun lama ialah jika sekarang ke mana sahaja kita pergi, dari utara hingga ke selatan, adakah kita menemui sebuah pusat pertanian besar-besaran macam di Australia dan Belanda. Kita kononnya ingin maju lalu mengejar sains teknologi. Tidak salah jika ia dilaksanakan dengan kebijaksanaan. Cuba lihat, walaupun negara-negara maju menitik beratkan pertanian, hakikatnya, mereka jauh lebih maju daripada kta.

Kepesatan pembangunan dan kurangnya tumpuan terhadap pertanian mungkin akan memberi kesan yang besar kepada kita. Kesannya tentulah terhadap bekalan makanan, inflasi. Sekarang ini, bahan asas untuk makanan seperti bawang, gula, beras pun diimport. Sementara pertanian yang ada dikurangkan dan bertukar menjadi bangunan. Cuba amati iklim dan keadaan dunia yang tak menentu dan pertambahan jumlah penduduk yang semakin ramai. Tak mustahil satu hari nanti kita akan mengalami krisis bekalan makanan yang teruk akibat persaingan. Bila berlaku perkara begini, harga mesti naik dan inflasi. Sepatutnya kerajaan kena fikir nasib negara dan rakyat. Ingat makanan ialah nadi kita. Kalau semua tempat nak disumbat dengan bangunan, perut kita boleh ke disumbat dengan batu-bata?

Ada harapan tak negara ini jadi negara pertanian?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan