14.2.11

Pak Cik Reformis

Benarkah yang berijazah itu lebih bijak, yang hanya bekerja sebagai operator kilang, kerani, pemandu dan sebagainya dianggap rendah pemikirannya.

Sewaktu menyewa di Pantai Dalam, kebanyakkan barang keperluan aku beli di stokis HPA daripada beli di Kafor yang kononnya dilihat lebih maju oleh sesetengah orang. Majulah sangat, Majumia ada la. 

Taukeh HPA ini ialah Pak Cik Rusli. Selain aku pergi beli barang, aku selalu kena 'basuh otak' oleh pak cik ni. Banyak perkara yang aku belajar daripada dia. Pasal politik utamanya sebab dia salah seorang reformis semasa gelombang 1998. Tentang agama, halal, haram. Kalau bersembang dengan dia macam masuk kuliah. Tapi ini kuliah cool, sempoi. Tak perlu berteori segala bagai. Dia hanya bercerita pengalaman dan pendapatnya dan aku perlu memikir, mencerna supaya tidak dungu. Menilai baik buruk.

Sangat ironi, kawan-kawan aku budak u dalam pelbagai bidang. Sayangnya, aku tak dapat berbual seperti apa yang aku bualkan dengan Pak Cik Rusli. Pemikirannya tajam, memiliki kesedaran sosial yang tinggi, jauh beza pemikirannya daripada pensyarah psikologi yang aku pernah temuramah. Mungkin lebih baik daripada seorang Naib Canselor.

Kebiasaanya Pak Cik Rusli akan tegur siapa-siapa saja yang lalu depan kedai dia terutama sekali budak u...Dia akan brainwash budak-budak yang beli top up sebelah kedai dia pasal barang halal, yahudi, pilihanraya. Depan kedai pula dia lekatkan artikel Tukar Tiub, rencana pasal rasuah dan apa saja yang mencerahkan minda Melayu utamanya. Boleh dikatakan kedai dia macam mini pustaka. Waktu aku dalam proses menyiapkan projek akhir, ada la budak rumah aku yang ambil suratkhabar Keadilan (bahan kajian) buat lapik potong bawang. Syukur Pak Cik Rusli ni simpan suratkhabar. Boleh aku kumpul balik data tu.
"Pak Cik simpan ni untuk korang juga nanti buat assignment ke senang"

Kadang-kadang agak segan dengan dia, walaupun dia hanya sekolah menengah saja, tapi tahap pemikirannya lebih baik daripada aku. Terima Kasih Pak Cik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan