4.3.11

Meniaga Larut Malam

Semalam rasa malas pula nak masak. Jadi aku dan sepupu-sepupu aku pergi la menikmati makan malam di sebuah kafe yang tidak jauh daripada kawasan rumah. Sebelum ini, aku dah lama berhajat nak makan di situ, tertarik dengan dekorasi yang simple ala bar.

Kedatangan kami disambut tuan empunya kedai dengan ramah dan makanannya pun boleh tahan sedap dan ada ciri-ciri tersendiri. Sifatnya yang peramah dan suka bergurau membuatkan kami selesa. Menariknya,dalam keramahan itu, ada sesuatu yang cuba disampaikan. Jeng jeng jeng. Sewaktu menunggu makanan siap, dia datang dan berbual dan memberitahu tanpa disuruh bahawa kafe tu milionaire cafe atau tempat lepak golongan jutawan.

Bila dah sebut jutawan, tidak sah kalau tak sebut pasal harta. Katanya dia masuk koperasi yang melatih kita untuk jadi jutawan pasive income dan dia sudah ke arah tu malah beritahu jumlah income dia sehari yang beratus USD.

Setakat nak beli BMW 5 Series bayar RM 4 ribu sebulan tak ada hal lah”
Berniaga kafe ini pun suka-suka je, kalau tak buat macam ini orang kata kita buat kerja haram pula bila tengok hidup mewah” kami hanya mendengar dan melayan tapi tak la terpengaruh.

Dalam rancak berbual, dia keluarkan majalah yang berkaitan jutawan. Aku pun tak lepaskan peluang keluarkan majalah keluaran terbaru yang aku kendalikan. Rupa-rupanya aku dapat tahu orang atasan ialah Menteri-menteri UMCO, tak hairanlah kalau nampak materialistik. Bertambah kuranglah kepercayaan kami. Menteri kalau bab duit memang tak boleh pisah. Kalau jaga kementerian dia dengan baik tak pa juga, ini orang-orang muda dah berhutang PTPTN dan bermacam-macam masalah dengan pentadbiran kampus yang penuh birokrasi. Tahulah ya siapa menteri tu?

Aku juga kurang gemar bila gelaran Dato', Tan Sri, orang akademik yang taraf profesor dan ada ph.D digunakan untuk meraih kepecayaan. Sebab apa? Sebab aku memang tak percaya gelaran-gelaran ini semua. Datuk, Dato', Profesor ke atau apa-apa saja boleh beli dengan mana-mana sultan. Gelaran-gelaran ini tidak membawa makna terhadap pemikiran mereka. Yang depa tau melingkup je.

Bagi kami yang lebih terarah kepada isu-isu sosial, bercerita mengenai kemewahan dan kekayaan bukanlah sesuatu yang membuatkan kami terbeliak mata. Tipulah jika tidak ingin kaya, tambah-tambah dalam keadaan harga barang yang macam tahap hantu sekarang ini. Cuma kami akan lebih tertarik jika mereka yang sudah kaya ini bukan setakat melatih orang menjadi jutawan, tetapi juga membantu orang-orang bawahan keluar daripada kesusahan dan penderitaan. Barulah lebih adil, seimbang dan ada tanggungjawab sosial serta tidaklah nampak materialistik.


Sebelum pulang, dia kata jangan serik datang ke sini lagi. Ya, aku akan ke sana lagi untuk makan, tapi bukan menjadi sebahagian mereka. Belum terbuka hati untuk ikut serta dengan golongan yang membeli gelaran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan