18.3.11

Satu lagi tabung kerajaan

Hati aku berdebar-debar. Maklumlah parking kereta di garisan kuning. Sepanjang berada dalam bangunan tempat aku berurusan, aku hanya berdoa supaya tak kena saman. Sewaktu aku menghampiri kereta, perasaan aku masa tu 50-50. Kereta depan dah ada satu slip yang terselit di wiper. Di celah-celah kereta yang beratur parking, aku nampak benda yang sama pada wiper kereta aku. Tapi aku tak pasti. Akhirnya, setelah sampai di hadapan kereta, sah! Kereta aku dan kereta lain disaman parking oleh DBKL.

Bukan aku suka-suka nak parking di garisan kuning, tapi masalahnya parking terhad. Nak parking dalam kawasan bangunan, hari tu dah kena marah dengan pak guard. Parking berbayar dah penuh. Mahu atau tidak terpaksalah belasah mana-mana tempat asalkan boleh parking memandangkan ada urusan penting yang perlu diselesaikan.

Saman. Memang aku salah sebab parking di bukan di tempat yang betul. Tapi tindakan ni adalah kerana  tiada pilihan. Lainlah kalau ada tempat parking kosong, tapi aku suka-suka hati je parking kat situ, nak saman, silakan. Memang aku salah. Tapi tak bolehkah orang-orang 'berkuasa' ni fikir di kawasan letak kereta yang terhad tapi penggunanya ramai, macam mana nak parking dalam di tempat letak kereta yang betul. Lagipun parking di tepi jalan tu tidak mengganggu lalu lintas pun.

Satu hal lagi, kadang-kadang di tempat yang sesak dan tak ada parking, kita pula ada urusan di situ, terpaksalah parking ikut dan. Keluar je, tengok-tengok dah kena clamp. Duit lagi. Kerajaan tau nak saman je. Usaha untuk memperbaiki keadaan langsung hampeh.Cis. Walaupun ini adalah fenomena biasa, aku tetap tak boleh terima. Satu perangkap mengenyangkan dan membuncitkan perut Rosmah. Haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan